View: 2132|Reply: 13
|
"Hey Botak, Berapa Banyak Kau Cucuk Testosterone Pun Tetap Bahalol, Buta Kayu.-Sharnaaz Ahmad Nak Duku Kepala The Rock
[Copy link]
|
|
Bintang terkenal Hollywood The Rock yang bertindak melabel pejuang Islam di Palestin menentang Israel sebagai pengganas mengundang kemarahan pelbagai pihak.
Di Instagram, The Rock atau Dwayne Douglas Johnson, 51, meluahkan rasa marah dengan pembunuhan kejam serta penculikan golongan Yahudi oleh Hamas.
Foto: IG
"Saya patah hati, marah dan muak dengan pembunuhan kejam serta penculikan orang Yahudi menerusi tindakan kumpulan pengganas Hamas.
"Kehilangan banyak nyawa rakyat Israel dan Palestin yang tidak berdosa sangat menyaayat hari apabila perang ini semakin memuncak," katanya.
Kenyataan itu mendapat perhatian Sharnaaz Ahmad yang kecewa dengan kenyataan The Rock yang disifatkan dibuat secara membuta tuli tanpa mengetahui sejarah sebenar perbalahan antara Palestin dan pihak zionis itu.
"Hey botak, berapa banyak kau cucuk Testosterone pun tetap bahalol... buta kayu.
"Boleh tak aku duku kepala hang (kau) sekali saja please," katanya.
Dalam pada itu, penyampai radio Jaa Suzuran atau Mohamad Fizal Ahmad, 29, menggunakan dialek Kelantan yang memohon The Rock untuk membuat kajian tentang sejarah peperangan sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
"Rock (panggilan The Rock), kenapa nampak bodoh sehari dua ni... cuba buat research dulu. Apa-apa pun Free Palestine," ujarnya.
Bagaimanapun, pelakon filem Rampage itu juga mengakui luahan yang dibuat itu tanpa mengetahui kisah konflik yang berlaku antara Palestin dan Israel secara menyeluruh.
"Saya tidak berpura-pura yang saya mengetahui segala-galanya mengenai konflik di Timur Tengah itu kerana ia memerlukan pemahaman yang mendalam," jelasnya.
Pada 7 Oktober lalu, sayap tentera Hamas, Briged Al Qassam melancarkan serangan besar-besaran susulan pencerobohan ke atas Palestin oleh pihak Israel.
Kira-kira 5,000 peluru berpandu dilancarkan, selain pejuang Hamas berjaya melolosi sempadan yang berkubu kuat di beberapa lokasi melalui udara, darat dan laut.
Susulan itu, tentera Israel melancarkan 'Operasi Pedang Besi' terhadap pejuang Hamas sebagai tindak balas. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ryan tedder pon repost the rock punya post kat ig tory. Sedih betul rasa bila nak unfollow dgn unsubscribe onerepublic [em:8:] |
|
|
|
|
|
|
|
taw la 2 pihak ada yg mati.. tp apa punca tu kna kaji.. |
|
|
|
|
|
|
|
mesti dia pikir kesian ramai rakyat israel mati. habis tu palestin ramai mati ngan baby, budak semua tak kesian ke.. skrg dorang start tuduh hamas sbb hamas mulakan dlu |
|
|
|
|
|
|
|
dah Jews yang pegang holiwod
mau deme2 ni nak side Palestin
si bella hadid pun dulu kena backlash sebab side palestin |
|
|
|
|
|
|
|
sbnrnya nanaz tgh sakit ati dgn drama capek, cadar, maklalat pastu dia pun hentam je apa2 isu emotionally...
hahahhaa sekadar spekuan |
|
|
|
|
|
|
|
coba org tu dpn mata ada bran?
|
|
|
|
|
|
|
|
neneas ni sado tapi suara tetap kepit yachhh |
|
|
|
|
|
|
|
mizruncing replied at 12-10-2023 11:53 AM
mesti dia pikir kesian ramai rakyat israel mati. habis tu palestin ramai mati ngan baby, budak semua ...
sebab tak ada media coverage tentang hamas uols. kita sebagai rakyat malaysia, ada a few influencer yang selalu update tentang perang palestine vs israel. terutamanya si twitter/X
|
|
|
|
|
|
|
| |
|