|
Penyanyi, Shiha Zikir tampil membidas dakwaan segelintir individu yang mendakwa dia melakukan pembedahan muka.
Menerusi temu bual Melodi, kata Shiha, dia dulu berperwatakan lelaki dan tidak pandai bersolek namun selepas terbabit dunia seni, dia harus kelihatan 'presentable'.
Tambahnya lagi, dia tidak melakukan apa-apa perubahan pada wajah dan hanya memakai alat solek.
"Kalau saya nak buat apa-apa kan, muka saya ni tak ada penuh skrin korang.
"Dulu dan sekarang kalau orang tengok gambar saya dulu memang bezalah. Dulu saya boyish, tak reti bersolek.
"Cuma sekarang ini, bila dah jadi penyanyi kenalah bersolek sikit. Shading sikit. Apa-apa pun bagi saya dah kerja ni, kenalah presentable sikit.
"Mungkin berbeza dulu dengan yang sekarang. Tapi tak adalah sampai buat pembedahan," katanya.
Shiha yang juga seorang pelakon dan pengacara bersyukur dengan apa yang dimilikimya dan menasihati orang ramai untuk percaya diri.
Sumber: Xtra |
|