Turkiye berusaha untuk menjadi pengantara bagi mencari jalan menamatkan perang Israel-Palestin, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Selasa.
“Kami ikhtiar untuk menjadi pengantara. Kami mahu membantu menamatkan perang ini secepat mungkin, memulihkan keamanan di rantau ini,” kata Erdogan pada sidang akhbar di Ankara, lapor Xinhua.
Erdogan menyeru semua pihak berpengaruh di rantau ini bersama-sama menggalas tanggungjawab untuk mewujudkan keamanan, sambil memberi amaran bahawa menyemarakkan ketegangan, terutamanya menyasarkan orang dan penempatan awam tidak membawa kebaikan kepada sesiapa pun.
|