CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 413|Reply: 0

[Sabah] Calling Centre Judi Dalam Talian Diserbu, 9 Lelaki Ditahan Di Papar

[Copy link]
Post time 12-10-2023 12:01 AM | Show all posts |Read mode


Polis menahan sembilan lelaki kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi perjudian dalam talian di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan atau ‘calling centre’ di Jalan Bukit Manggis Benoni, Papar, pada 3 Oktober lalu.
KOTA KINABALU: Polis menahan sembilan lelaki kerana disyaki terbabit dalam kegiatan mempromosi perjudian dalam talian di sebuah premis yang dijadikan pusat panggilan atau ‘calling centre’ di Jalan Bukit Manggis Benoni, Papar.

Dalam serbuan Op Dadu Khas kira-kira jam 8 malam pada 3 Oktober lalu, polis turut merampas pelbagai peralatan komputer, kad bank dan telefon bimbit yang dipercayai digunakan untuk aktiviti berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Azmi Abd Rahim, berkata operasi dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

“Hasil pemeriksaan mendapati, premis berkenaan dihuni sembilan individu berusia antara 19 hingga 31 tahun yang disyaki menjalankan kegiatan perjudian ‘calling centre’.

“Pemeriksaan lanjut, polis menahan sembilan lelaki yang disyaki bekerja sebagai mempromosi perjudian dalam talian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Azmi berkata, hasil siasatan awal, polis mendapati kegiatan berkenaan menyasarkan pelanggan tempatan di negara ini.

Katanya, semua tangkapan dan rampasan barang kes terus dibawa balik ke IPD Papar untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953,” katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:25 PM GMT+8 , Processed in 0.349999 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list