CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3315|Reply: 29

[Tempatan] Skandal sorok beras, Sanusi terkilan...

[Copy link]
Post time 11-10-2023 11:38 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 12-10-2023 08:34 AM

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, melahirkan rasa kesal terhadap laporan tanpa fakta tepat sehingga memberi gambaran seolah-olah Kedah menjadi punca negara kekurangan beras tempatan.

Beliau berkata, laporan disebarkan itu seolah-olah kejadian itu baru berlaku di bawah pentadbirannya sedangkan tiada sebarang tindakan mahkamah diambil untuk membawa mereka yang didakwa terbabit ke muka pengadilan dalam kes berkenaan.

Sanusi yang hanya dilantik sebagai Menteri Besar Kedah ke-14 pada Mei 2020, mendedahkan pada 2 Mac 2016, Kedah Agro Holdings Bhd (KAHB) menandatangani perjanjian kontrak pembuatan dan bekalan bersama Syarikat Prolink Marketing Sdn. Bhd (Prolink).

Jelas beliau, berdasarkan rekod, perjanjian itu ditandatangani Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah KAHB, Allahyarham Datuk Ahmad Zaini Japar, yang ketika itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kayu Hitam bersama wakil syarikat Prolink iaitu C. Pubendran dan C. Kuganeswaran sebagai saksi.


Katanya, projek membabitkan pemasaran beras keluaran KAHB yang merangkumi tiga jenis beras iaitu Beras Agro Super Special Tempatan, Beras Agro Super Spesial Import dan Beras Agro Sona Mahsuri dalam pek berkapasiti lima kilogram (kg) dan 10kg dengan nilai RM102,480,000 bersamaan 28,800 tan.

"Perjanjian ini adalah kontrak bagi perniagaan beras di mana Prolink membekalkan beras kepada KAHB. Manakala KAHB pula menjualkannya kepada Syarikat Central Regional Distribution Center Sdn Bhd (CRDC)...yang ini tiada sebarang perjanjian atau kontrak yang mengikat di antara KAHB dan CRDC.

Transaksi jualan dan belian bermula November 2016 sehingga November 2017 dengan jumlah transaksi keseluruhan seperti berikut iaitu jualan Prolink kepada KAHB RM54,085,75; jualan KAHB kepada CRDC RM54,900,030 dan jumlah margin atau komisen RM 814,280," katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, sehingga Februari 2018, KAHB menerima sebanyak RM11,066,400 bayaran dari CRDC dan KAHB melunaskan bayaran kepada Prolink sebanyak RM10,785,000 dengan margin keuntungan berjumlah RM281,400.

Katanya, baki bayaran yang belum terima daripada pihak CRDC dan belum dibayar kepada pihak Prolink oleh KAHB adalah seperti berikut.

"Pemiutang, Prolink RM43,833,630; penghutang, CRDC RM43,300,750 manakala jumlah margin atau komisen RM532,880," jelas beliau.

Muhammad Sanusi berkata, ketika Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara Bilangan Satu 2019 yang diadakan pada 17 Januari 2019 di Cyberjaya, Ketua Pegawai Eksekutif memaklumkan bahawa semua urus niaga pemasaran beras dihentikan.

Katanya, atas nasihat Jawatankuasa Tindakan Laporan Ketua Audit Negara, laporan polis dibuat oleh pihak Kedah Agro melalui Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro, Zulkifli Ahmad Rashidi, pada 13 Mac 2019.

"Kemudiannya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Bahagian Kawalselia Padi dan Beras juga membuat siasatan dan memanggil pegawai-pegawai yang berkenaan untuk dirakamkan kenyataan.

"Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah juga telah melakukan Audit Khas pada 18 April 2019 berhubung isu pemasaran beras agro," katanya.

Beliau berkata, Kedah Agro menerima surat yang ditandatangani pengarah-pengarah Prolink berserta Resolusi Pengarah Prolink yang disahkan setiausaha syarikat berkenaan bertarikh 24 Januari 2019.

Katanya, resolusi itu adalah berkenaan perakuan pembatalan invois berjumlah RM43,300,750 yang telah dikemukakan Prolink kepada Kedah Agro berkaitan dengan transaksi pembekalan beras kepada Kedah Agro bagi tahun berakhir Disember 2016 sehingga Disember 2017.

"Perkara ini telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah pada 27 Mei 2019 menjelaskan implikasi ke atas kedudukan kewangan syarikat bagi transaksi berkenaan.

"Setelah dibincangkan, lembaga pengarah bersetuju menghapus kira amaun yang tertunggak dari transaksi jualan dan belian beras bagi tempoh 1 Disember 2016 sehingga 31 Disember 2017 seperti yang dikemukakan.

"Seterusnya melalui Mesyuarat Tindakan Bagi Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara pada 10 Februari 2020 yang diwakili Tuan Hasnida Ludin dan Hasriadee Mohd Wasis juga telah memaklumkan bahawa Projek Pemasaran Beras Agro sudah tidak dilaksanakan dan kes tersebut telah diambil alih oleh SPRM," katanya.

Muhammad Sanusi berkata, mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah yang bersidang pada 24 Disember 2019, dimaklumkan bahawa siasatan oleh SPRM telah selesai dan fail kes telah dihantar ke pejabat Peguam Negara untuk tindakan seterusnya.

Katanya, pada 11 Oktober 2021, Kedah Agro menerima makluman isu audit yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 berstatus selesai (hijau).

"Jadi kes ini selesai dan perjanjian RM100 juta itu tak berlaku, kes dari 2016 hingga 2017 takkanlah beras tempatan takdak 2023.
l
"Masuk akal dak, jadi kalau nak sebar berita pun bagi masuk akal, bila ada jawapan lagu ni kantoilah, malulah, kalau nak serbu, serbu elok-elok, pakai 'helmet'," katanya.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 12:13 AM | Show all posts
ni mesti kerja peliwat..LGBTQ+...kata walaun2 pro rasuah/sakau

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon cepat pancut
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 06:01 AM | Show all posts
Opss


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekarang satu malaysia tau siapa pengilang tu siapa state glc tu sbb mb ni sebut semua nama satu2.  Dlm semua berita tak sebut pun nama sesiapa cuma kat location kat kedah.  Kenapa mb lak melatah?  Apa dia kata? Panaih takpa, jgn koyak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2023 07:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2023 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
JoyahMengayah replied at 12-10-2023 07:44 AM


Tak, kalau dia dah tak napa dia tau dah lama nape tak gegar pakai helmet mcm dia nak saman wartawan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 07:59 AM | Show all posts
mereka ni gaduh atas dua landasan, satu politik dan satu lagi atas isu sebenar. Ianya bercampur aduk susah sedikit untuk bezakan kedudukannya mcm mana, kecualilah menggunakan masa yang lama untuk meneliti. ..

kadang alasan yang diberi ini sebenarnya ada tetapi juga pada masa yang sama bertujuan untuk kepentingan diri juga, jadi perlu masa tambahan pulak untuk meneliti.. kalau jenis ini maka dia ini jenis orang yang smart, sama spt watak penjahat dalam wayang tamil yang akhirnya dapat mengalahkan hero..kemungkinannya spt itu tetapi mungkin juga banyak plot yg lain.. sama-sama kita tunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 08:05 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 12-10-2023 07:59 AM
mereka ni gaduh atas dua landasan, satu politik dan satu lagi atas isu sebenar. Ianya bercampur aduk ...

Cuma sejarah menunjukkan deny dulu mcm kes raptor (dlm kes ni siap bodoh2kan org yg report dia), tak kenal cina ree, ckp pasal sultan selangor and recently tak sebut pun vincent tan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 10:41 AM | Show all posts
Koyak lettew

Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:10 AM | Show all posts
Edited by tripleid at 13-10-2023 10:11 AM

terkilan  apo lak Nusibat oii..buat2 tergezutt ka hanat yg sorok beras rupa2nya kat blkg rumah hang sendiri??



tu lah gigih sgt kulu kilir dok maki hamun org sampai  tak sedar jubo sendiri penuh ngn taik






#sanusikoyak
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 11:30 AM | Show all posts
awat sentap.. sapa pulak kata kedah punca takdak beras...org tu ckp tangkap yg hat sorok beras..dah gudang tu kat kedah...awat hang tak suruh depa buat gudang kat selangor nun..sapa2 nak jadi pembekal, kena ambil terus bawa pi negeri lain. jangan simpan kat kedah.. haaa buat peraturan camtu lain kali..
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok sibok jaga tepi kain org lain kain hang sendiri terlondeh nampak juboq .. teloq tak sedaq ke pelaq oiiii?



Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok sibuk suruh lawan kartel sekali terjumpa pengilang sorok beras kat sana, sentap pulak. Apa kamu nk senenarnya.
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 03:55 PM | Show all posts
jangan la sorok....dah lah makanan favourite aku nasi....seteresss tull la
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sanusi ni satu baguihnya dia cakap berdasarkan fakta & figure. Dia berani reveal..takdak nya nk hint2 ka apa..teruih dia habaq sapa2 yg terlibat. Masalahnya mmg ada transaction antara pengedar & pengilang tapi beras sangkut kat store tak sampai kat customer..gila sorok beras bertan2 gitu..besaq mana wei gudang dia..takkan xdak guard?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-10-2023 04:18 PM | Show all posts
Nusibat sentap
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Nusi menggelupur. Aku try cari artikel yg petik nama dia tp xjumpa lg. Kl sapa2 jumpa sila taruk sini. Nusi nak saman reporter mana pun aku taktau xjumpa artikel yg tulis nama dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 04:33 PM | Show all posts
so kita tunggu apa laporan sprm lak pasal bende ni... kalau sprm ckp takde kes maka sanusi ni benarlah kan
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2023 05:02 PM | Show all posts
Clan204 replied at 12-10-2023 04:33 PM
so kita tunggu apa laporan sprm lak pasal bende ni... kalau sprm ckp takde kes maka sanusi ni benarl ...

Memang le tak de kes, tak siapa yg kaitkan dengan dia pun, dia je mengelupur perasan tak pasal awal2 dah buat pc nak sama sana sini.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.449279 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list