View: 1194|Reply: 4
|
Kereta wajib ada beg udara 2012
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by mycos79 at 22-1-2011 05:56
Kereta wajib ada beg udara 2012
Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
utusankelantan@utusan.com.my
RANTAU PANJANG 21 Jan. – Mulai tahun depan, semua kenderaan termasuk kereta keluaran Proton Holdings Bhd. (Proton) dan Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) akan diwajibkan memasang beg udara bagi mengelak risiko lebih tinggi termasuk kematian terhadap pemandu atau penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan memandang serius kadar kemalangan jalan raya sekarang terutama yang membabitkan kematian akibat tiada peralatan keselamatan yang cukup pada kenderaan awam.
Katanya, walaupun tidak ada penguatkuasaan yang dibuat berhubung peraturan itu, ia perlu dilaksanakan untuk memastikan keselamatan setiap pemandu dan penumpang yang terlibat dalam kemalangan jalan raya lebih terjamin.
“Kita telah melakukan kajian bersama termasuk dengan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan terbukti beg udara merupakan aksesori keselamatan yang paling penting,’’ katanya kepada pemberita pada Majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran MCA Rantau Panjang di sini hari ini.
Peraturan baru itu bagaimanapun tidak melibatkan kenderaan pacuan empat roda.
*****baguslah harap jgn naiik harga sudah...hehehe..... |
|
|
|
|
|
|
|
sokong ker tak? |
|
|
|
|
|
|
|
patutnya dah dikuatkuasakan 10 taun lepas..
btw, kereta2 lama yg takde ebeg amacam? takkan wajib pasang kot? mau beriban abisss |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi, rasanya suma keta proton skang at least ada 1 ebeg... perodua???? (kuar myvi facelifted takde ebeg pun) |
|
|
|
|
|
|
| |
|