|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Lapan warga asing dan seorang tempatan disyaki ahli sindiket penipuan pelaburan mata wang kripto ditahan dalam serbuan ke atas dua kondominium sekitar Salak Selatan, Cheras di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin berkata, siasatan mendapati ahli sindiket terbabit menerima komisen di antara RM4,000 hingga RM8,000 setiap bulan.
"Siasatan awal mendapati premis itu digunakan untuk menjalankan aktiviti penipuan pelaburan mata wang kripto secara dalam talian.
"Sindiket ini menyasarkam mangsa dari Taiwan dan Hong Kong dipercayai mula beroperasi sejak 2019," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, sembilan individu ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga China, seorang wanita Taiwan dan seorang wanita tempatan berusia lingkungan 23 hingga 40 tahun direman empat hari bermula hari ini sehingga lusa.
Katanya, pasukan serbuan merampas sembilan komputer riba, telefon bimbit (11), modem (dua) dan router (dua).
"Kes disiasat mengikut Seksyen 120(B) / 420 /511 Kanun Keseksaan.
"Sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan melalui Hotline Polis Cheras di 039284 5050/5051, Hotline Polis Kuala Lumpur, 0321159999 atau mana-mana balai berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... 000-sebulan-dicekup |
|