CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2483|Reply: 0

Purata 10 pegawai bomba meninggal dunia akibat sakit jantung

[Copy link]
Post time 11-10-2023 02:40 PM | Show all posts |Read mode

Nordin ketika ditemui media selepas Program Jalinan Kerjasama antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan HCTM di Putrajaya hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Seramai 10 pegawai bomba dilaporkan meninggal dunia akibat penyakit jantung setiap tahun iaitu 33 peratus daripada purata jumlah kematian yang berlaku.

Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Nordin Pauzi berkata, jumlah itu adalah berdasarkan statistik dikeluarkan Unit Kebajikan Pekerja dalam tempoh enam tahun sejak 2016 hingga 2022.

Menurutnya, penyakit jantung juga berada di kedudukan teratas yang menjadi penyebab kepada kematian pegawai bomba diikuti dengan kemalangan dan kanser.

“Kita sedia maklum kerjaya sebagai anggota bomba terdedah kepada faktor risiko pekerjaan yang tinggi seperti risiko keselamatan, bahaya kimia, ergonomik dan fizikal yang boleh membahayakan kehidupan mereka.

“Tekanan kerja dalam keadaan sentiasa bersiap siaga dan tuntutan kes memerlukan masa panjang juga menjadi faktor kepada peningkatan risiko penyakit yang mengancam nyawa termasuk serangan jantung.

“Hal ini amat membimbangkan dan langkah-langkah lebih drastik perlu diambil bagi memberikan pendidikan dan kesedaran berkaitan kesihatan jantung kepada seluruh warga JBPM,” katanya ketika berucap sempena program jalinan kerjasama JBPM dan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) sempena Hari Jantung Sedunia hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan) HCTM, Dr. Zairul Azwan Mohd Azman berkata, kerjasama dengan JBPM merupakan julung kali diadakan bagi memberi pendedahan dan perkhidmatan saringan kesihatan jantung kepada pegawai dan anggota bomba.

Jelasnya, objektif sambutan Hari Jantung Sedunia yang dianjurkan bertujuan mendidik kakitangan tentang penjagaan jantung sihat melalui aktiviti dan diet, menjauhi rokok, pendedahan mengenai penyakit jantung dan kesan terhadap populasi di Malaysia. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ibat-sakit-jantung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.047613 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list