CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 0

[Perak] Nelayan dikhuatiri lemas bot karam

[Copy link]
Post time 11-10-2023 12:58 PM | Show all posts |Read mode

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) nelayan yang dikhuatiri lemas di Sungai Perak di Kampung Pasang Api, Hutan Melintang, Bagan Datuk hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM



BAGAN DATUK: Seorang nelayan dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki bersama dua lelaki lain karam di Sungai Perak dekat Kampung Pasang Api, Hutan Melintang di sini hari ini.

Mangsa yang hilang dikenali sebagai Amir Hamzah Shaari, 53.

Difahamkan, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) itu turun ke sungai bersama adik dan anak lelakinya berusia 40 dan 28 tahun.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, maklumat kejadian itu diterima pada pukul 1.12 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang diatur gerak ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Setibanya jentera di lokasi, didapati sebuah bot telah karam dan terdapat tiga nelayan terlibat. Dua mangsa berjaya diselamatkan oleh orang awam manakala seorang lagi masih hilang.

“Operasi mencari mangsa diteruskan pagi ini dengan menggunakan bot bersama unit anjing pengesan (K9) bomba bermula di kawasan Kampung Pasang Api menghala ke Beting Beras Basah,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... ri-lemas-bot-karam/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.043549 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list