CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 882|Reply: 5

[Dunia] Tentera Israel dakwa mayat 1,500 pejuang Hamas ditemukan

[Copy link]
Post time 10-10-2023 07:35 PM | Show all posts |Read mode
Tentera Israel dakwa mayat 1,500 pejuang Hamas ditemukan
PENDUDUK Gaza memeriksa kesan kemusnahan susulan serangan udara Israel. FOTO AFP


Baitulmaqdis: Tentera rejim Zionis Israel, pada Selasa, meneruskan pengeboman ke atas Gaza yang dikuasai Hamas.

Operasi itu dilaksanakan selepas pejuang Palestin mengancam untuk membunuh beberapa daripada kira-kira 150 tebusan yang berjaya ditahan dalam serangan hujung minggu lalu. Ia ancaman jika serangan udara Israel berterusan tanpa amaran.

Israel sudah melakukan pengepungan menyeluruh di Semenanjung Gaza, pada Isnin, memotong bekalan makanan, air dan elektrik, hingga mencetuskan kebimbangan bahawa situasi kemanusiaan yang sudah teruk akan semakin merosot dengan cepat.

Terdahulu, warga Israel dikejutkan dengan serangan darat, udara dan laut, yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Angka kematian meningkat kepada lebih 900 di Israel, di mana rejim bertindak balas dengan serangan bertubi-tubi ke atas Gaza, menjadikan jumlah kematian di sana kepada 687.

Tentera Israel berkata, pada Selasa, 'beberapa kawasan dipulihkan' ke atas sempadan Gaza selepas serangan besar-besaran pada Sabtu, oleh lelaki bersenjata Palestin.

Israel mendakwa kira-kira 1,500 mayat pejuang Hamas ditemukan di Israel, sekitar Semenanjung Gaza ketika Israel menyerang kawasan Palestin dengan serangan udara, kata tentera.

Pada masa sama, katanya, pemindahan masyarakat Israel di sekitar sempadan sudah hampir diselesaikan.

Bebola api berulang kali menerangi kegelapan kota Gaza, sebelum Subuh pada Selasa, ketika letupan berbunyi dan siren kuat berkumandang.

Penduduk Palestin di wilayah pantai Gaza bersiap sedia untuk apa yang ramai khuatir akan menjadi serangan darat besar-besaran Israel bertujuan mengalahkan Hamas dan membebaskan tebusan.

Ketegangan Timur Tengah memuncak apabila musuh ketat Israel, Iran memuji serangan Hamas, walaupun Tehran menafikan sebarang peranan langsung dalam operasi ketenteraan itu.

SumbeR:https://www.hmetro.com.my/global/asia/2023/10/1018517/tentera-israel-dakwa-mayat-1500-pejuang-hamas-ditemukan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 09:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangsa laknat ni akan terhapus juga satu hari nanti. Only time will tell.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Geram betul ngan hipokrasi barat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Peh. Jadik rubbles.
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tengah bayangkan suatu hari nanti melayu akan menerima nasib yang sama macam palestin ni. Hehe
#wakeup

Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2023 02:46 AM | Show all posts
Misi bunuh diri daripada pejuang hammas kepada penduduk gaza.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 01:50 AM GMT+8 , Processed in 0.390856 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list