CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2926|Reply: 0

[Sabah] Pondok usang jadi stor arak, rokok seludup

[Copy link]
Post time 10-10-2023 04:44 PM | Show all posts |Read mode

Pondok usang yang dijadikan stor simpanan rokok dan minuman keras tidak bercukai. FOTO Ihsan PPM

Kota Kinabalu: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas minuman keras dan rokok seludup selepas menyerbu sebuah pondok usang yang dijadikan stor simpanannya di Kampung Pampang, Jalan Sungai Batang, Batu 10, Sandakan, tengah malam tadi.

Serbuan pada 12.10 tengah malam menerusi Ops Taring Gelora Khas/Ops Kontraban merampas 27,480 batang rokok pelbagai jenama dan 47 kotak minuman keras bernilai RM30,000.

Ketika serbuan oleh PPM Sandakan itu, tiada tangkapan dilakukan dan pemeriksaan di dalam pondok itu menemui minuman keras dan rokok pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah Asisten Komisioner Ahmad Ariffin ketika dihubungi mengesahkan rampasan berkenaan.

Katanya, minuman keras dan rokok kemudiannya dirampas dan dibawa ke Markas Operasi PPM Sandakan untuk tindakan lanjut.

"Barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sandakan.

"Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -arak-rokok-seludup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.201481 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list