CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 514|Reply: 0

[Selangor] Cedera terjatuh 6 meter, polis tetap kejar suspek

[Copy link]
Post time 10-10-2023 09:52 AM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong; Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi dan Hussein ketika melawat Mohammad Azrin. FOTO Ihsan PDRM.

Klang: Kecederaan akibat terjatuh dari ketinggian enam meter tidak menghalang seorang pegawai polis mengejar dan memberkas seorang suspek di Jalan Sri Sarawak 14, Taman Sri Andalas di sini kelmarin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Inspektor Mohammad Azrin Yazid yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan itu terjatuh dari tingkat empat ketika mengetuai serbuan di sebuah rumah di sini jam 5.30 petang kelmarin.

Menurutnya, Mohammad Azrin cuba masuk ke dalam rumah terbabit menerusi bumbung berikutan pintu dan pagar premis yang berkunci sebelum terserempak dengan suspek yang cuba melarikan diri.

"Pegawai berkenaan memanjat ke bumbung bahagian hadapan dari tingkat tiga dan mendapati suspek sedang berlari ke bumbung rumah bersebelahan.

"Semasa mengejar suspek, batang paip yang dipegang Mohammad Azrin patah menyebabkan dia terjatuh dari tingkat empat ke tingkat dua pada ketinggian enam meter," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Mohammad Azrin lantas bangun dan terus mengejar suspek terbabit dan berjaya menahannya di kawasan koridor premis berkenaan.

"Pemeriksaan ke atas suspek menemui bahang disyaki dadah jenis syabu dianggarkan seberat 104 gram (g) di dalam dua paket lutsinar.

Beliau berkata, Mohammad Azrin kemudian mengadu mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan dan dibawa ke klinik sebelum dirujuk ke hospital.

"Tiba-tiba Mohammad Azrin berasa sakit pada bahagian badan, kaki, tangan dan leher dan dibawa ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke Hospital Pantai Klang, di sini.

"Jam 12.01 tengah malam semalam Mohammad Azrin dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Pantai Klang bagi menerima rawatan.

"Pembedahan pada bahagian kaki Mohammad Azrin sudah selesai dijalankan dan kini berada dalam keadaan stabil," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -tetap-kejar-suspek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.368916 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list