CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1238|Reply: 7

[Tempatan] Tip kekal sihat semasa jerebu

[Copy link]
Post time 9-10-2023 11:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 10-10-2023 12:21 PM


Apakah Jerebu?

Jerebu ialah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel-partikel kecil yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semula jadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Oleh yang demikian keadaan ini mengurangkan jarak pandangan mata kasar.

Punca - Punca Jerebu
Punca utama jerebu adalah akibat daripada :
  • Pembakaran Secara Terbuka
  • Asap Dari Kilang
  • Asap Dari Kenderaan


HINDARI DARIPADA PERBUATAN YANG BOLEH MENYEBABKAN JEREBU.

Indeks Pencemaran Udara (IPU)
IPU diperolehi daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas yang boleh menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon. IPU digunakan sebagai panduan untuk mengetahui kualiti udara dan kesannya terhadap kesihatan seperti berikut :-


Nilai IPUStatus
0 - 50
Baik
51 - 100
Sederhana
101 - 200
Tidak Sihat
201 - 300
Sangat Tidak Sihat
301 - 500
Berbahaya

Anda perlu mengikuti perkembangan semasa melalui media massa (akhbar, televisyen dan radio) untuk mengetahui tahap jerebu semasa di tempat anda supaya dapat mengambil langkah - Iangkah pencegahan.

JEREBU MENGANCAM KESIHATAN ANDA
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan yang buruk kepada semua orang terutama golongan yang berisiko tinggi iaitu :-
  • Kanak-kanak
  • Orang tua
  • Mereka yang mengalami penyakit
    • asma
    • bronkitis
    • radang paru-paru
    • penyakit paru-paru yang kronik
    • jantung
    • alahan
  • Perokok
  • Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah Tanda dan Gejala Kesan Jerebu Kepada Kesihatan

Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:
• Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
• Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
• Mata terasa pedih dan berair.
• Hidung berair dan kerap bersin.
• Kulit badan terasa gatal-gatal.
• Terasa sakit dada.

Dapatkan rawatan dan nasihat doktor di klinik berhampiran sekiranya anda mempunyai tanda-tanda dan gejala tersebut.

CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:-
  • Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi.
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari)
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.


Untuk bacaan Indeks Pencemaran Udara / Air Pollution Index (API), sila layari apims.doe.gov.my


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2023 07:27 AM | Show all posts
Info pun x lengkap.. explain la sket knp kena minum air byk tu… utk nyahkan toksin kuar dr badan asbab jerebu tu!

Bah. Pendidkan Kesihatan pun…Lemahhhh!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2023 08:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 09:19 AM | Show all posts
Erotika replied at 10-10-2023 07:27 AM
Info pun x lengkap.. explain la sket knp kena minum air byk tu… utk nyahkan toksin kuar dr badan as ...

utk menghilangkan rasa dahaga, dan sakit tekak kot..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 12:23 PM | Show all posts
ada jugak yg gigih jogging kat taman klcc
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 12:25 PM | Show all posts
duduk rumah dendiam atau di dlm pejabat sahaja
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2023 01:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 10-10-2023 01:21 PM
cmf_PariS replied at 10-10-2023 12:25 PM
duduk rumah dendiam atau di dlm pejabat sahaja


Meols gigeh juga pergi tengok konsert Butterfingers, lepastu gi mendaki tangga Batu Caves lepastu join kelas pottery, lepastu makan kat KLCC beli Bacha coffee.Sewa bilik RM51 satu malam kat Batu Caves..sebelum balik Sabak Bernam. Gila la...terasa remaja

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2023 03:45 PM | Show all posts
Duduk ofis pon boleh terasa pedih mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.076232 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list