View: 1699|Reply: 8
|
Raja Mukhriz Kecewa Filem Dapat Kutipan Rendah Walaupun Respon Positif
[Copy link]
|
|
Pengarah, Raja Mukhriz meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila filem arahannya, Pagari Bulan mendapat respons positif namun mendapat jumlah kutipan teruk di pawagam.
Mukhriz ketika dihubungi berkata, sebagai pengarah dia dan pihak produksi sudah buat yang terbaik ketika penggambaran untuk menghasilkan karya berkualiti setanding dengan peringkat antarabangsa.
"Daripada 10 orang yang menonton filem ini semuanya beritahu mereka tersentuh emosi dan menangis," katanya.
Raja Mukhriz berkata demikian ketika diminta mengulas hantarannya di aplikasi X (dulu Twitter) mengenai kutipan filem itu yang sangat teruk sejak ditayangkan di pawagam tempatan bermula 5 Oktober lalu.
"Saya tidak mahu menuding jari kepada pihak tertentu tapi apa yang saya nampak kelemahannya ialah dari aspek pengedaran dan promosi filem ini yang tidak sampai kepada khalayak. Promosi juga dibuat lewat selepas filem dah nak habis tayang.
"Bagi saya pihak pengedaran dan promosi filem ini perlu ada strategi pemasaran untuk menarik penonton ke pawagam tanah air," katanya lagi.
Mengulas dari segi jumlah tayangan, kata Raja Mukhriz, dia berasa terkilan kerana jumlah tayangan filem Pagari Bulan juga sudah dikurangkan di pawagam walaupun baharu minggu pertama tayangannya.
"Saya tidak boleh hubungi pihak pawagam untuk meminta mereka tidak mengurangkan jumlah tayangan kerana ia adalah tanggungjawab pihak pengedaran filem ini.
"Saya juga sudah berusaha menghubungi pihak pengedar filem ini tetapi mereka kini berada di luar negara," katanya.
Filem Pagari Bulan yang menerima dana filem kenegaraan bernilai RM2.5 juta mengisahkan Bulan lakonan Nazeera Sardi, iaitu anak sulung pengusaha tanaman dan pemburu dikenali sebagai Ismail dan isterinya, Hasnah, berdepan tentera Jepun yang mendarat di Kelantan pada 1941.
Ketika itu, ramai penduduk kampung didera dan dibunuh. Anak gadis pula menjadi sasaran dengan ditahan dan dikurung sebagai 'comfort woman' atau pemuas nafsu tentera Jepun.
Kekejaman tentera Jepun terhadap wanita membuatkan Bulan mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan bangsa dan tanah air.
Selain Nazeera, Pagari Bulan dibintangi Aniq Durar, Alvin Wong, Andy Teh, Trisha Ooi, Michael Ang dan Laila Nasir.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe laaa..janji dana 2.5j dah setel..untung rugi bukan penting punnnnn. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xtaulah apa nama pelakon yg depan skali tuh..tp dia berlakon best. Dah 2x aku tgk dia berlakon |
|
|
|
|
|
|
|
..costume out! Styling siasah rupa diri, jenis dan design fabric terlalu modern untuk represent Kelantan dan era 40an.. |
|
|
|
|
|
|
|
tgk preview mcm best
tgu asterok je la.nnt |
|
|
|
|
|
|
|
Aku risau nak tengok filem raja mukhriz ni kat cinema. Ingat lagi Ophilia… ada Que Haidar + Pekin. Ingat gempak… konon pasal skinhead. Sekali bila pergi, hurmmmmm. Hampa |
|
|
|
|
|
|
|
Nmpk trailer mcm best tp sekali pandang mcm EMBUN jer..
Btw musim film melayu x laku kot.
Kutipan film Bakhara pon agak sendu kan walhal dijangka meletup mcm Paskal/Mat Kilau.. |
|
|
|
|
|
|
|
teringin haritu nak tengok
tapi tertengok trailer, pastu aku cam, takpelar
simpan duit untuk tengok The Creator je nanti |
|
|
|
|
|
|
| |
|