CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1477|Reply: 6

[Tempatan] Jual beras plastik: Kita cari sampai ke lubang cacing. #6, KPDN siasat video tular berkaitan beras plastik di Sandakan

[Copy link]
Post time 9-10-2023 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 9-10-2023 06:55 AM

Jual beras plastik: Kita cari sampai ke lubang cacing

https://www.utusan.com.my/nasion ... i-ke-lubang-cacing/

Oleh SURAIDAH ROSLAN
9 Oktober 2023, 2:27 pm


ARMIZAN MOHD. ALI

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menjalankan siasatan terperinci mengenai dakwaan berlaku penjualan beras plastik di sebuah pasar raya di Sandakan.

Pemangku Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, kementeriannya  akan menjalankan siasatan mengenai dakwaan tersebut dan sekiranya aduan itu sahih maka, tindakan akan diambil kepada mereka yang terlibat.

“Sekiranya berlaku, kita akan pastikan siasatan dilakukan dan kita gerakkan (anggota penguat kuasa) secara agresif, kita cari sampai lubang cacing kerana ini melibatkan kepentingan rakyat,” katanya semasa mengulas tentang video tular mengenai dakwaan penjualan beras plastik di Sandakan.

Beliau berkata demikian selepas majlis amanat dan penyerahan surat pelantikan pegawai lantikan secara kontrak jurutera dan penolong jurutera, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, pada peringkat ini, kementeriannya perlu meneliti terlebih dahulu dakwaan yang ditularkan menerusi sebuah rakaman video yang dikatakan berlaku di sebuah pasar raya di Sandakan.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) itu berkata, beliau mengambil maklum tentang insiden yang berlaku dan telah mengarahkan agar siasatan dilakukan secara serta-merta.

“Saya meneliti dengan dekat melalui KPDN cawangan Sandakan isu terkait dengan insiden yang disifatkan dengan penjualan beras plastik.

“Siasatan sedang dilakukan oleh KPDN cawangan Sandakan bersama Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras.

“Kementerian akan mendapatkan bukti-bukti berkaitan dan saya bagi jaminan bahawa KPDN selaku agensi yang diberi tanggungjawab untuk melaksanakan penguatkuasaan, khususnya dalam dua akta berkaitan iaitu Akta Perihal Dagangan dan Akta Perlindungan Pengguna,” katanya.

Setakat ini, siasatan dibuka mengikut Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan dan premis yang didakwa terlibat menjual beras plastik telah dilawat. Malah, maklumat tambahan daripada pengadu yang menularkan video juga sedang diperolehi.

Menurut beliau, pihaknya juga sedang menyemak invois daripada peruncit dan juga pembekal. Aduan itu akan disiasat dengan teliti kerana ia melibatkan kepentingan rakyat dan membabitkan isu kesihatan.

Semalam, satu rakaman video berdurasi 1 minit 20 saat tular dalam laman media sosial mengenai dakwaan beras plastik dijual di salah sebuah pasar raya di Sandakan. –UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Masuk beras, keluar pun beras


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sembang aje ke?

Beras tempatan hilang pun belum jumpa,, apatah lagi mau cari lubang cacing

Sembanggggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Azharitubunga replied at 9-10-2023 02:42 PM
Sembang aje ke?

Beras tempatan hilang pun belum jumpa,, apatah lagi mau cari lubang cacing

ada...td nengok..bangla sorong 12 kampit...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Madanon kuat drama.
Agak mustahil ko tak tahu sape punya angkara. Proses penghasilan padi ke beras, dari pengeluar ke pengguna, dari A- Z ko boleh tahu kat mana loophole. Dgn org kampung blh la kot ko nak memperbodohkan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2023 02:54 PM | Show all posts
KPDN siasat video tular berkaitan beras plastik di Sandakan

https://www.bharian.com.my/berit ... plastik-di-sandakan

Oleh Yun Mikail - Oktober 9, 2023 @ 2:38pm
[email protected]


Tangkap layar video tular dengan memperlihatkan seorang lelaki mendakwa beras yang dijual di salah sebuah premis di daerah Sandakan adalah beras plastik. - Foto ihsanpembaca

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengambil maklum isu beras plastik yang tular dalam sebuah video dipercayai berlaku di daerah Sandakan, hari ini.

Pemangku Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pihaknya sudah mengarahkan anggota penguat kuasa untuk melaksanakan siasatan berkaitan kes terbabit.

Menurutnya, beliau juga akan meneliti perkara itu kerana menyifatkan penjualan beras plastik tidak sepatutnya berlaku kerana ia membabitkan kesihatan pengguna.

"Saya sudah mengarahkan siasatan diadakan serta-merta. Penelitian dibuat melalui KPDN cawangan Sandakan dan siasatan sedang dilakukan bersama Bahagian Kawalselia Padi dan Beras.

"Setakat ini, siasatan menggunakan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Pelindungan Pengguna.

"Premis yang didakwa menjual beras plastik seperti dalam video tular juga sudah dilawati dan kita sedang mendapatkan maklumat tambahan daripada pengadu yang mentularkan video itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pegawai Teknikal Contract of Service (CoS) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), dekat sini, hari ini.

Terdahulu, satu video berdurasi satu minit 20 saat tular pagi ini dengan memperlihatkan seorang lelaki mendakwa beras yang dijual di salah sebuah premis di daerah Sandakan adalah beras plastik.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2023 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram le pulak Ingat beli dkt pasaraya dah selamat. Tak juga rupanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 01:11 AM GMT+8 , Processed in 0.046882 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list