Yonny atau pemilik nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, baharu melancarkan album baharu berjudul Persona di Putrajaya Challenge Park, semalam.
Pada masa sama, bapa kepada seorang cahaya mata itu mengakui sentiasa menasihatkan isterinya supaya berhati-hati termasuk sebelum berkongsi apa-apa perkara dalam media sosial.
“Memang saya selalu pesan minta dia berhati-hati kalau nak ‘post’ sesuatu. Banyak mata memerhati dan tunggu waktu untuk menyerang.
“Cuma tentulah dia pelik dan binggung sebab hantaran dibuatnyq termasuk ulang siar daripada akaun lain turut meninggalkan impak kepada netizen,” katanya.
Nama Nik Nazira yang juga pempengaruh media sosial kerap terpalit kontroversi sejak memilih untuk kembali menanggalkan tudung sekitar tahun lalu.
Terbaru dia memuat naik ayat di laman sosial yang didakwa segelintir pihak seperti meminta orang ramai tidak mempersoalkan cara pemakaiannya disebabkan sudah dapat keizinan keluarga.
“Selagi mak dan suami saya benarkan untuk pakai apa sahaja yang saya mahu, anda tiada hak menegur atau memberikan komen terhadap apa yang saya pakai,” tulisnya.
Sebelum ini Nik Nazira juga pernah menafikan dakwaan mengalami kejutan budaya selepas berkahwin dengan penyanyi rap terbabit.
Yonny dan wanita itu bergelar suami isteri pada 20 November 2021 selepas sebulan mengikat pertunangan.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki pada ,19 Julai lalu yang dipanggil sebagai Baby Kai.
Sumber: Kosmo! Online