CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 0

Kerajaan perlu pertimbangkan gaji permulaan istimewa untuk PDRM

[Copy link]
Post time 8-10-2023 03:20 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kuala Lumpur: Gaji permulaan bagi Konstable (YA1) Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu melebihi gaji minimum berdasarkan tanggungjawab yang digalas anggota ketika ini.

Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Datuk Mokhtar Omar berkata, tangga gaji yang sedia ada ketika ini dilihat amat rendah berbanding tugas yang dilakukan.

"Mereka ini menjaga keamanan dan ketenteraman negara, ada yang terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak demi memastikan negara kita aman.

"Ada di antara mereka pula bertarung nyawa bagi membanteras jenayah menjamin keselamatan kita semua," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bukan saja penyelarasan perlu dilakukan, malah kerajaan juga perlu mempertimbangkan gaji permulaan istimewa bagi untuk pasukan PDRM.

"Ia secara langsung dapat menaikkan semangat dan dapat membina anggota yang lebih berintegriti dalam menjalankan tugas," katanya.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan tangga gaji permulaan anggota polis berpangkat konstabel berada di bawah paras pelaksanaan gaji minimum RM1,500 iaitu RM1,441.

Razarudin dilaporkan berkata, pihaknya mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya skim gaji permulaan bagi Konstable (YA1) diselaraskan dengan kadar gaji minimum RM1,500 sebulan.

Cadangan berkenaan dibuat selepas mengambil kira peningkatan kos sara hidup khususnya bagi anggota pangkat rendah.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... istimewa-untuk-pdrm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.779752 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list