View: 1071|Reply: 5
|
Lelaki Disyaki Rogol Anak Tiri Ditahan
[Copy link]
|
|
Gerik: Petani ditahan polis, disyaki merogol anak tirinya yang juga kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun sejak tiga tahun lalu.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, perbuatan suspek berusia 41 tahun terbongkar selepas mangsa membuat laporan pada 12.30 tengah hari Khamis.
Katanya, suspek kemudian ditahan pada hari sama laporan dibuat dan kini direman tujuh hari hingga Khamis ini.
"Sebelum itu, guru kaunseling sekolah mangsa dimaklumkan oleh mangsa bahawa kejadian itu berlaku sejak kanak-kanak itu berumur sembilan tahun.
"Siasatan awal mendapati kali terakhir suspek merogol anak tirinya di pondok dalam kebun di Air Ganda pada 3 petang Selasa lalu.
"Mangsa sudah dibawa menjalani pemeriksaan doktor di Hospital Taiping dan terdapat dua kesan koyakan lama pada kemaluannya," katanya.
Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
Pi lenyek dgn mesin padi tu elok la. 9tahun eh jila… kesiannya bdk tu koyak [em:7:] |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Gerik banyak ladang getah kan.
Suka sangat kampung2 kat situ...sebab berkabus. |
|
|
|
|
|
|
|
Gerik ni zon loghat kelate.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suspek ada sorang student aku kena SA bapak sendiri. Tapi tatau camna nak approach dia dan haku takut kot haku salah interpret body language sheols masa jumpa sheol dengan bapak sheol. |
|
|
|
|
|
|
| |
|