CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2585|Reply: 2

Anak panggil Po Cit ( OM ) Kat Ayah Gara2 Aktif Berlakon

[Copy link]
Post time 16-1-2011 02:25 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by YeOpInDiE at 16-1-2011 02:28

Sedih dipanggil Pakcik ( OM )
2011/01/15




TUNTUTAN dunia lakonan yang menyita sebahagian besar masanya membuatkan aktor sinetron popular, Sahrul Gunawan nekad memperlahankan aktiviti seni itu meskipun kontrak bersama Soraya Film masih bersisa 170 episod.

Sahrul yang dikenali di negara ini menerusi lakonannya dalam sinetron Pernikahan Dini dan Jalan Lain Ke Sana berkata, gara-gara aktif berlakon anaknya hampir tidak mengenalinya. Paling membuatkan hati Sahrul tersentuh apabila anak kecil itu memanggilnya Om (Pakcik) lantaran tidak lagi mengenali raut wajahnya ketika dia sibuk di lokasi sinetron, Taaruf. Saya terlalu sibuk mengejar wang. Seminggu itu, siang dan malam saya berada di lokasi. Apabila pulang ke rumah, saya mengasingkan diri di kamar kerana mahu rehat sebelum kembali ke lokasi.

Langsung tiada kesempatan untuk bermesra dengan anak-anak. Ketika bercuti dan berkesempatan menghabiskan masa bersama, saya terdengar anak memanggil saya Om.
Bayangkan perasaan saya ketika itu... Saya cuma mampu menangis kerana terlalu sedih. Baru saya sedar wang bukan segala-galanya.

Sejak itu, saya memasang niat untuk mengurangkan aktiviti lakonan. Saya tidak mahu lagi terlalu mengejar harta dunia, sebaliknya mengharapkan ketenangan dalam hidup ini, kata pelakon kacak berusia 34 tahun itu.
Suami kepada Indriani Hadi dan dua cahaya mata, Ezaar Raditya Gunawan, 3 dan Raihana Zemma Gunawan, 2, akur dirinya sudah melewati fasa yang sewajarnya memberikan dia kepuasan selama bergelar aktor.

Lantaran itu, sejak Ramadan lalu, Sahrul menolak tawaran yang datang kerana inginkan waktu untuk bersama kedua-dua anaknya yang sedang membesar.

Kekayaan dunia, kata Sahrul, hampir meragut kurniaan Allah yang terlalu bernilai untuk dirinya dan isteri membuatkan dia tidak mahu lagi alpa dalam menunaikan amanah itu.

Saya tidak mahu anak-anak menjadi artis. Saya tidak mahu mereka ulangi apa yang pernah saya lalui dulu. Sampai sekarang saya tidak pernah membenarkan anak-anak menonton sinetron lakonan saya.

Anak sulung saya begitu meminati Agnes Monica. Pernah sekali dia terlihat foto saya bersama Agnes ketika kami membintangi sinetron Pernikahan Dini.
Lalu dia jadi marah dan meminta saya membawanya bertemu Agnes. Jujurnya sebagai bapa, saya cuba menjadi fleksibel.

Tetapi saya lebih senang melihat mereka membesar seperti anak normal yang lain tanpa perlu tahu bapa mereka ialah seorang artis, katanya.

Sahrul yang membolosi dunia hiburan selepas meraih tempat ketiga Jejaka Sampul anjuran majalah Aneka pada 1993 kini aktif menyanyi selain fokus kepada perniagaan.

Dia yang baru melahirkan album keagamaan, Langkah Awal pada Ramadan lalu bertekad mahu menyebarkan syiar Islam dengan caranya sendiri.

Menolak kenyataan dia merakamkan album itu hanya kerana mengikut aliran yang sedang popular di negaranya, Sahrul sebaliknya menyifatkan Langkah Awal sebagai hadiah berharga yang diturunkan Allah kepadanya.

Allah menyayangi saya dengan memberi peringatan menerusi penerbitan album ini. Ramai mengandaikan album ini hanya akan dimainkan pada Ramadan tetapi saya berusaha supaya Langkah Awal dapat didengar setiap masa pada semua segmen.

Pernah saya dihampiri oleh mereka yang tidak percaya kepada kekuatan album keagamaan ini. Mereka bilang karier saya akan mati tetapi saya ikhlaskan hati kerana rezeki itu dari Allah.

Allah Maha Mendengar dan saya percaya, setiap kebaikan yang dilakukan pasti akan ada jalan keluar untuk meraih kejayaan, katanya yang ditemui ketika bertandang ke Singapura untuk promosi album berkenaan, baru-baru ini.

Ditanya rasional pembikinan album itu, Sahrul berkata, seruan menuju kebaikan harus dipaksa tanpa sesekali berpeluk tubuh mengharap Tuhan menurunkan hidayah.

Baginya, jika cuma berdoa mengharap hidayah tiba, sampai bila pun seseorang insan itu tidak akan berusaha mengubah hidupnya.

Lantas, menerusi album dakwah itu, Sahrul turut mengingatkan dirinya dengan tanggungjawab sebagai seorang Islam kerana secara tidak langsung setiap bait nyanyian mendorongnya untuk berbuat kebaikan.

Kata Sahrul, niat untuk merakamkan album keagamaan sudah lama bertunas di
hatinya. Cuma setahun lalu, impian itu direalisasikan selepas menemui penerbit album terkenal, Angga Widodo.

Saya juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Dulu saya pernah hidup dalam kesesatan, mencari keseronokan tanpa pernah terfikir bekalan hari akhirat.

Suatu hari, Tuhan menggerakkan saya untuk mencari ketenangan lalu saya ke Makkah. Sebelum itu, bapa sering mengingatkan supaya saya melengkapkan suruhan Allah.

Katanya, Tuhan terlalu baik kerana menganugerahkan rezeki berpanjangan untuk dinikmati. Pengalaman pertama di Makkah pada 2003, banyak menduga kesabaran dan keikhlasan hati saya.

Saya mengeluarkan belanja besar untuk menunaikan haji tetapi kemudahan yang dijanjikan tidak sepadan wang yang dibelanjakan.

Hati saya sakit tetapi apabila difikir kembali, barangkali itu dugaan kesan daripada tindak tanduk saya selama ini. Dalam perjalanan itu saya belajar untuk bersihkan jiwa, katanya.

Menguruskan agensi umrah dan haji

PENGALAMAN beberapa kali menunaikan umrah dan menerima layanan kurang memuaskan membuatkan Sahrul nekad mengusahakan agensi umrah dan haji sendiri.

Sudah lima tahun Sahrul menubuhkan Sakinah Group atau SG Travel kerana ingin memberi kepuasan kepada jemaah yang mahu mengerjakan ibadat di Tanah Suci Makkah.

Ternyata Tuhan mempunyai rencana lain apabila dipertemukan dengan mereka yang ghairah mencari jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Justeru, saya nekad untuk lepaskan pakaian dunia dan mencari keredaan-Nya. Alhamdulillah, pertemuan bersama Pak Angga memberikan berkat dengan kelahiran album, Langkah Awal.

Saya juga sudah mula membimbing jemaah, tetapi cuma pada urusan bacaan dan tawaf. Saya belum berani menjalankan tanggungjawab lebih besar kerana masih perlu melengkapkan diri dengan selok belok urusan di Tanah Suci, katanya.

ALHAMDULILLAH.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-1-2011 03:26 PM | Show all posts
baru sedeor ke.. sib bek di panggilnyer pakcik..

kl x kenal lansung.... lagi parah
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2011 10:52 PM | Show all posts
Anak dah sampai tak kenal tu...
Ish3...
Nasib baik cepat insaf...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.035506 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list