CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 600|Reply: 0

[Perlis] Polis Padang Besar bongkar sindiket seludup petrol, diesel ke negara jiran

[Copy link]
Post time 7-10-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah menunjukkan sejumlah petrol dan diesel bersubsidi yang dirampas pihaknya di IPD Padang Besar, hari ini. - Foto NSTP/Aizat Sharif

PADANG BESAR: Polis di sini berjaya membongkar satu sindiket yang aktif menyeludup petrol dan diesel bersubsidi ke negara jiran di sekitar daerah ini susulan penahanan seorang lelaki disyaki dalangnya di Kaki Bukit, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata dalam serbuan itu juga pihaknya turut merampas 3,550 liter minyak petrol dan diesel bersubsidi bernilai RM23,005.

Menurutnya, lelaki berusia 42 tahun dan dikenali Pak Dan itu ditahan di sebuah premis stor penyimpanan petrol dan diesel di kawasan kebun getah, kira-kira jam 9 pagi.

Katanya, pemeriksaan lanjut di stor berkenaan berjaya menemui 980 liter petrol dan 1,870 liter diesel yang mana semuanya adalah bersubsidi.



"Saringan ujian air kencing suspek disahkan negatif dan pemeriksaan lanjut selepas itu mendapati dia mempunyai 18 rekod jenayah lampau berkaitan dadah.

"Siasatan awal kami mendapati kegiatan ini mula aktif sejak awal September lalu dimana sindiket ini mengangkut petrol dan diesel bersubsidi sekitar 600 hingga 1,000 liter sehari dipercayai dibeli dari stesen minyak seluruh Perlis.

"Kita juga percaya suspek mempunyai hubungan dengan satu lelaki warga asing dari negara jiran untuk menjual hasil penyeludupan minyak ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, di sini hari ini.

Mohd Shokri berkata operasi penahanan itu dilakukan sepasukan polis khas dari IPD diketuai seorang inspektor menerusi rondaan Ops Khas Banteras Aktiviti Penyeludupan sekitar Padang Besar.

Katanya, ketika operasi itu, mereka terserempak dengan sebuah PROTON Iswara berwarna kelabu dipandu seorang lelaki dalam keadaan mencurigakan sedang menuju ke stesen minyak di Jalan Padang Melangit.

"Kereta itu kemudian bergerak sehingga ke Kampung Aman di Jalan Kaki Bukit dan ketika tiba di suatu kawasan kebun getah, pemandu kereta itu menyedari dirinya diekori polis.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan meninggalkan kereta itu. Pemeriksaan kemudian menemui 700 liter diesel dalam tangki minyak yang diubahsuai di bahagian tempat duduk penumpang belakang kereta itu" katanya

Mohd Shokri berkata pihaknya kemudian mendapat maklumat terdapat sebuah premis stor penyimpanan petrol dan diesel dalam kawasan kebun getah itu dan berjaya menahan dalangnya di situ.

Katanya, suspek bersama rampasan kemudian diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Perlis untuk siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961.
https://www.bharian.com.my/berit ... sel-ke-negara-jiran

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.644517 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list