CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: muaythaiko

surah ar rahman

  [Copy link]
Post time 21-8-2011 06:46 PM | Show all posts
Reply 2160# erusi2


eeiiisssshhhhhh
masih kat takuk tu jugak ya!!!!
cuba perhatikan balik
HADITH NABI tu: BERFIKIR SEKETIKA LEBIH AFDHAL.........
dan
HADITH ALLAH: ......MEREKA MENDENGAR, BERFIKIR DAN CARI YANG LEBIH BAIK

ada persamaan kotttttttt
atau masih PEKAK kah???

***sory suka menyakat sikit sikit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2011 06:49 PM | Show all posts
ni ttg Aisyah pulak dah
napa!!!
engkau tak tanya tok nek kamu ke
atau moyang kamu ke lagi
dulu dulu anak dara bila di kahwinkan (di malaysia leeee)

dan bila start anak dara akil baligh???

bolehlah berfikir seketika ya...............
kalau mahu
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2011 09:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 21-8-2011 22:39

Reply 2161# orangbesi

Kelihatan kamu agak lemah dalam pemikiran, seperti yang saya katakan sama ada seseorg itu ingin berpegang pada satu-satu hadis yang bersifat umum itu atau tidak, itu adalah haknya. Jika dia merasakan sedikit keraguan pada satu-satu hadis, then tiada salah selagi tindakannya itu tidak menyalahi dan menentang apa yang tertulis dalam al-Quran. Susah kah untuk fahami apa yang saya perkatakan itu?

Hadis tersebut jika hanya menyebut "BERFIKIR SEKETIKA LEBIH AFDHAL", then tiada sebarang kesalahan kerana fikir itu pelita ilmu. Tetapi mengatakan "BERFIKIR SEKETIKA ITU LEBIH AFDHAL DARI BERAMAL UNTUK SETAHUN", itu adalah kelihatannya lebih janggal, kerana tiada pengesahan apakah benar berfikir seketika itu lebih baik dari beramal selama setahun. Sebab itu saya lebih cenderung untuk tidak menerima pemikiran sedemikian.

Firman Allah pula (bukan hadis Allah) "MEREKA MENDENGAR, BERFIKIR DAN CARI YANG LEBIH BAIK", tiadapun mengatakan itu lebih baik dari beramal selama setahun. Berfikir itu memang baik demi mencari kebenaran, but berfikir tanpa beramal, bagi saya adalah sesuatu yang merugikan, kerana berfikir dan beramal itu adalah lebih menjadi tuntutan dalam Islam. Untuk beramal, perlu ada ilmu. Untuk memperolehi ilmu, perlu berfikir. Tetapi ada ilmu tapi tak beramal pun menjadikan ilmu yang diperolehi itu tidak berguna. Itu bukan tuntutan dalam Islam.
Saya rasa firman Allah (bukan hadis Allah) yang kamu maksudkan itu adalah surah An-Nur:51 "Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan."
Tiada pun menyebut "lebih baik daripada beramal selama setahun".

Tentang Aisyah itu adalah contoh yang saya berikan berkenaan dengan hadis yang dikategorikan shahih, tetapi sekarang kredibilitinya diragui disebabkan bukti-bukti terkini yang ditemui. Bukankah kamu membicarakan tentang hadis? Then untuk itu saya berikanlah contoh berkenaan dengan hadis, supaya kamu faham bahawa sesuatu hadis itu yang bersifat umum tiada salah jika menragukannya, selagi rasa keraguan tersebut tidak menyalahi apa yang tertulis dalam al-Quran. Masih susah untuk difahami kah tujuan saya mengkhabarkan hadis tentang usia Aisyah itu ketika mengahwini nabi Muhammad??
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 09:57 AM | Show all posts
kamu ni
bertanya saya pulak???
pelik ni...
kamu yg ragu2 ttg HADITH2 yg SHOHEH tuuu (depa kata leee)
kenapa
selamaini kamu beramal
hanya ikut cam pak turut je ka - camlembu kena cucuk hidung???
habis tu akal dianugerahkan tu - buat apa ya???

org yg berakal - mereka akan menilai KATA2
mengkaji dan meneliti corakkehidupan sezaman itu
baru boleh memahami dan menerima
rasa saya tahun lepas saya dah jelaskan HADITH tersebut dan riwayatnya
jadi
BERFIKIR.......
masih lagi RELEVAN
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 2164# orangbesi

kamu ni
bertanya saya pulak???
pelik ni...
kamu yg ragu2 ttg HADITH2 yg SHOHEH tuuu (depa kata leee)
kenapa
selamaini kamu beramal
hanya ikut cam pak turut je ka - camlembu kena cucuk hidung???
habis tu akal dianugerahkan tu - buat apa ya???

   
Bila pula saya ragu-ragu hadis shahih? Saya tak katapun bahawa saya ragu-ragu hadis shahih. Kamu tahukah perbezaannya bila saya mengatakan hadis shahih yang bersifat selari dengan Al-Quran dan hadis shahih yang bersifat  umum yang mana pernyataan berkaitannya tidak dijumpai dalam Al-Quran??? Faham atau tidak akan pernyataan saya itu?? Sebab itulah saya sudah berikan contoh satu hadis shahih yang saya kategorikan bersifat umum itu iaitu hadis berkenaan dengan usia Siti Aisyah ketika mengahwini Nabi Muhammad.
Jika hadis shahih yang selari dengan Al-Quran, then saya akan terima, contohnya hadis berkenaan solat. Perkara ni sudah saya perkatakan dahulu. Lihat semula kenyataan saya iaitu "Bagi saya, berpegang pada hadis yang selari dengan apa yang diperkatakan oleh Al-Quran adalah lebih baik, kerana ianya akan bersifat lebih pasti dalam menyatakan kebenarannya. Kerana Al-Quran itu sendiri adalah bersifat pasti akan kebenarannya."
So kamu ni baca atau tidak apa yang saya perkatakan??

org yg berakal - mereka akan menilai KATA2
mengkaji dan meneliti corakkehidupan sezaman itu
baru boleh memahami dan menerima
rasa saya tahun lepas saya dah jelaskan HADITH tersebut dan riwayatnya
jadi
BERFIKIR.......
masih lagi RELEVAN


Then, tiada masalah jika kamu ingin berpegang pada hadis itu. Tiada sebarang larangpun dari saya. Saya juga mempunyai pilihan saya sendiri berdasarkan alasan saya sendiri. Ianya tidak bermakna saya tidak mempercayai hadis. Saya hanya lebih cenderung untuk mempercayai hadis yang selari dengan al-Quran. That all.  Kerana saya inginkan suatu yang bersifat pasti. So apa masalahnya???
Berfikir, mengkaji dan meneliti memang sentiasa relevan, tetapi menganggap berfikir, mengkaji dan meneliti sesaat itu lebih baik dari solat selama setahun, berzikir selama setahun. Itu bagi saya tidak relevan. Kerana Al-Quran tidak mengesahkan perkara tersebut. So saya tidak mahu berpegang pada sesuatu yang tak pasti. But jika kamu rasa berfikir sesaat atau seketika itu lebih baik dari solat and berzikir selama setahun, then its up to you. Kamu ada akal, then sila buat pilihan sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2011 08:46 PM | Show all posts
so
saudara pun MASIH mau KEPASTIAN ya
dan SESUNGGUHNYA AL QURAN dan ISINYA adalah PASTI
cam jugak ARASY TUHAN DI ATAS AIR.................. pastikannnnnnn

saya dok termenung lagi laaaa
masih tertanya2 ttg para2 wali ALLAH
yg memastikan ketulenan perawi2 ttg kata2 atau perbuatan NABI
baharu BERANI mereka KITABKAN
tanpa menyelindungkan/menyingkirkan apa yg tak secocok sikit pun
kecuali perawi2 yg lemah sanadnya
adakah mereka ini bboleh dipertikaikan???
adakah selepas mereka mengubah/tambah kitab2 tersebut???
atau manusia sendiri yg masih dlm keBODOHAN!!!!!

BERFIKIR SEKETIKA LEBIH AFDHAL DARI IBADAH SETAHUN
nampaknya saudara nampak yg tersurat je kotttttttttttt
cuba2 lah hayatinya kembali ya
MOGA ada rahmat disini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-8-2011 08:32 PM | Show all posts
Ohh... begitu panjang tred pacik muay neh... da ada rumusan ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply 2151# orangbesi

Selagi ianya hanya berstatus hadis. ianya tetap boleh dipertikaikan, lebih-lebih lagi hadis yang bertentangan dengan Al-Quran, ianya lebih jelas, hanya ungkapan-ungkapan palsu yang didakwa sebagai hadis. Ini kerana yang pasti adalah Al-Quran. Alah sendiri menyebut, bukan hadis yang dalam pemeliharaannya, tetapi hanya Al-Quran yang dipelihara. Justeru umat Islam menilai hadis melalui al-Quran, bukannya menilai Al-Quran melalui hadis.
Contohnya hadis yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad, pada hal Al-Quran sendiri sudah mengesahkan bahawa Nabi Muhammad itu mempunyai akhlak yang baik dan terpuji yang menjadi contoh kepada manusia seluruhnya. Justeru umat Islam dengan mudah dapat menilai mana-mana ungkapan yang cuba memfitnah Nabi Muhammad, ianya bukanlah hadis.

Umat Islam itu tidak akan terpesong selagi mereka berpegang pada Al-Quran sebagai rujukan mereka untuk menentukan segala sesuatu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2011 06:00 PM | Show all posts
Reply 2168# erusi2

80:1. Dia bermuka masam, dan berpaling,

80:2. Bahawa seorang buta datang kepadanya,

80:3. Dan tahukah kamu, boleh jadi dia menyucikan diri?

80:4. Atau mengingati, lalu Peringatan bermanfaat kepadanya.

80:5. Tetapi orang yang berasa kaya,

80:6. Kepadanya kamu layan,

80:7. Walaupun ia tidaklah atas kamu jika dia tidak menyucikan dirinya.

80:8. Dan orang yang datang kepada kamu dengan bersegera,

80:9. Dan takut-takut,

80:10. Kepadanya kamu tidak mempedulikan.


AYAT ni kamu nak pertikaikan siapa???

TUHAN ka???

NABI ka???


sekadar pertanyaan ya

Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:01 PM | Show all posts
Reply 2167# bintang


tak de lagi
pasal tinggal kami 2 ekork beruk je
yg dok melompat2 kat sini
yg lain dah siap nak raya kotttttttttttt

gurau2 je ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 26-8-2011 18:43

Reply 2169# orangbesi


Tolong bagi dengan terperinci catatannya dan sumber-sumbernya terlebih dahulu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 06:47 PM | Show all posts
laaaa
kamu ni
kan kat depan tu ada catat 80:1 hingga 80:10
maksudnya
SURAH 80 AL ABASA
dan AYAT 1 sehingga 10
ok leh le catat ya
Reply

Use magic Report

Post time 26-8-2011 08:11 PM | Show all posts
Reply 2172# orangbesi

Jadi kamu bagitahulah terlebih dahulu bahawa kamu ambil sumbernya daripada Al-Quran supaya lebih senang dan lebih jelas kepada semua orang akan apa yang kamu kemukakan.

Aisyah ra menyatakan bahawa satu hari Ibnu Ummu Maktum ra, seorg sahabat yang buta mendatangi Rasulullah. Beliau saat itu sedang menerima salah satu pembesar Quraisy. Ummu Maktum ra berkata "Wahai Rasulullah, beri aku nasihat". Seketika itu juga Rasulullah memalingkan mukanya. Atas sikap beliau itu, maka turunlah kesepuluh ayat ini. So ayat tersebut adalah ayat teguran kepada Nabi Muhammad atas tindakan salahnya yang tidak disedari dan disengajakan olehnya. So ada masalah apa-apa?
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 05:32 PM | Show all posts
Reply 2173# erusi2


oh, baru tahu NABI ditegur kerna peristiwa tu

ni dok lupa je, maklumlah dah penuh....


kot2 la Hadis tak leh pakai/ada penambahan

ni pun Hadis jugak!!!


68:44. Maka tinggalkanlah Aku bersama orang yang mendustakan hadis ini!

Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit dari arah yang mereka tidak mengetahui,

Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2011 08:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by erusi2 at 27-8-2011 21:01

Reply 2174# orangbesi



Amat jelas bahawa salah satu atau kedua-dua perkara di bawah ini tidak ada pada kamu ketika kamu mengeluarkan anggapan kamu itu:

1. Kamu tidak tahu secara mendalam berkenaan dengan penurunan al-Quran

2. Kamu tidak berfikir dengan secara lebih terperinci

Sebab apa? Saya akan terangkan.

Pertamanya kamu kena tahu terlebih dahulu peringkat penurunan Al-Quran supaya kamu dapat memahami perkaitannya dengan apa yang kamu katakan itu iaitu ayat 1-10 surah 'Abasa itu. Sila baca peringkat penurunan Al-Quran di bawah.

PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN

Para ulama menyatakan penurunan al-Quran berlaku dalam dua bentuk iaitu secara sekali Gus, Dan berperingkat. Walau bagaimanapun mereka berselisih pendapat tentang berapa kali berlakunya penurunan al-Quran secara sekali Gus. Terdapat tiga pandangan mengenai hal ini, iaitu penurunan al-Quran dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz; kali kedua, dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-‘Izzah di langit dunia; Dan kali ketiga, Penurunan kepada Jibril a.s. Dalam tempoh 20 malam.

Al-Suyuti dalam kitabnya ‘al-Itqan if Ulum al-Quran’ berdasarkan tiga riwayat oleh Ibn ‘Abbas, Hakim Dan al-Nasa’i, hanya membahagikan kepada dua peringkat sahaja iaitu dari al-Lauh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah Dan dari Bait al-‘Izzah kepada Rasulullah s.a.w. Melalui Jibril a.s.

1. Dari Allah SWT ke al-Lauh al-Mahfuz.

Penurunan ini berlaku sekali Gus dengan tujuan untuk membuktikan ketinggian Dan kekuasaan Allah SWT. Para Malaikat menyaksikan bahawa segala perkara yang ditentukan oleh Allah SWT di Luh Mahfuz ini benar-benar berlaku. Pendapat ini disandarkan kepada ayat 21 Dan 22 surah al-Buruj yang berbunyi,

“(Sebenarnya apa yang engkau sampaikan kepada mereka bukanlah syair atau sihir), bahkan ialah Al-Quran yang tertinggi kemuliaannya; (Lagi yang terpelihara dengan sebaik-baiknya) pada Luh Mahfuz.” (al-Buruj:21-22)

2. Dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia.

Penurunan kali kedua secara sekali Gus dari al-Lauh al-Mahfuz ke Bait al-’Izzah di langit dunia dipercayai berlaku berpandukan kepada tiga (3) ayat al-Quran sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibn ‘Abbas;

Allah SWT berfirman,

“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” (al-Baqarah:185)

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab).” (ad-Dukhan:3)

Firman Allah SWT,

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)

Ibn ‘Abbas juga menyatakan mengikut apa yang diriwayatkan oleh Said b. Jubayr: “Al-Quran diturunkan sekali gus pada malam yang penuh berkat.” Ikrimah pula meriwayatkan ‘Abdullah bin ‘Abbas berkata: “Al-Quran diasingkan daripada al-Dhikr ‘الذكر’ dan ditempatkan di Bait al-‘Izzah di langit dunia.

Ibn Marduwayh dan al-Baihaqi mencatatkan perbualan antara ‘Atiyyah bin al-Aswad dan ‘Abdullah bin ‘Abbas yang mana ‘Atiyyah agak keliru mengenai penurunan ayat-ayat ini, “Pada bulan Ramadhan al-Quran diturunkan”, dan “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar”, ia juga diturunkan pada bulan Syawwal, Dhu al-Qaedah, Dhu al-Hijjah, al-Muharram, Safar dan Rabi’ al-Awwal.” Kemudian Ibn ‘Abbas menjelaskan: “Al-Quran diturunkan pada malam Lailatul-Qadar sekali gus kemudiannya untuk diwahyukan kepada Rasulullah s.a.w. secara beransur-ansur selama beberapa bulan dan hari.”

3. Dari Bait al-’Izzah kepada Rasulullah s.a.w. (dalam masa 20 malam).

Penurunan di peringkat ini telah berlaku secara beransur-ansur. Al-Quran mula diturunkan kepada Rasulullah s.a.w. sejak baginda dilantik menjadi Rasulullah s.a.w. dan selesai apabila baginda hampir wafat, iaitu dalam tempoh dua puluh tiga tahun. Tiga belas tahun di Makkah dan sepuluh tahun di Madinah al-Munawwarah.

Mengikut pendapat ini, Jibril a.s. diberi Malam Lailatul-Qadar setiap tahun, dari mula turun wahyu hingga ke akhirnya sepanjang tempoh kenabian, sebahagian daripada al-Quran disimpan di Bait al-‘Izzah yang mencukupi baginya untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. dalam masa 20 malam. Pandangan ini dipegang kuat oleh al-Mawardi.

Sumber: halaqah.net


Perkara yang harus kamu beri perhatian adalah, penurunan Al-Quran dari Allah ke al-Lauh al-Mahfuz adalah secara sekali gus, dan seterusnya penurunan Al-Quran dari al-Lauh al- Mahfuz ke langit dunia juga berlaku secara sekali gus. Justeru apa maksudnya?? Di sinilah kamu kena berfikir secara lebih terperinci. Ianya bermaksud ayat 1-10 surah 'Abasa itu sudah ada sebelum peristiwa itu berlaku. Ini kerana selepas Al-Quran berada pada langit dunia, barulah ianya turun secara-berperingkat-peringkat kepada Nabi Muhammad, namun sebelum itu seluruh al-Quran telah ada di langit dunia. Makanya ayat 1-10 surah 'Abasa itu sudah ada di langit dunia pada ketika Nabi Muhammad belum diturunkan wahyu ayat tersebut kepada beliau, malah pada ketika Nabi Muhammad belum menerima wahyu pertama lagi, ayat 1-10 surah 'Abasa itu sudah juga ada di langit dunia. Faham tak situasi ini??

Justeru Nabi Muhammad bermasam muka dan berpaling itu adalah sudah menjadi ketentuan daripada Allah. Dan ini tidak menjadi sebarang kehairanan kerana Allah itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui dan Maha Merancang. Jika pada peristiwa tersebut Nabi Muhammad tidak bermasam muka dan berpaling, makanya ayat 1-10 surah 'Abasa itu yang ketika itu telah berada di langit dunia menjadi tidak bererti kerana kejadian tersebut tidak berlaku. Justeru bagaimana untuk menuruhkan wahyu ayat 1-10 surah 'Abasa itu jika kejadian tersebut tidak berlaku? Justeru untuk menurunkan ayat tersebut lah maka, Nabi Muhammad harus berada dalam situasi bermasam muka dan berpaling itu, supaya wujudnya sebab dan musabab yang membawa kepada penurunan ayat tersebut.

Justeru jika itu sudah menjadi ketentuan Allah supaya ianya menjadi contoh teladan kepada manusia, maka siapa kita untuk tidak menyukaian ketentuan Allah itu? Dan atas dasar apa pula Nabi Muhammad disalahkan jika hal tersebut telah menjadi ketentuan Allah? Allah itu  Maha Merancang untuk menjadikan sesuatu peristiawa itu berlaku supaya ianya menjadi contoh teladan kepada kita semua. Justeru ayat tersebut tidak sesekali membatalkan ayat-ayat al-Quran yang menegaskan Nabi Muhammad itu menjadi contoh teladan terbaik kepada umat manusia seluruhnya.

Semoga memahami apa yang saya cuba sampaikan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 05:45 PM | Show all posts
Reply 2175# erusi2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2011 05:50 PM | Show all posts
Reply 2175# erusi2


oooo
ingatkan kamu tak terima AYAT TERSEBUT
maklumlah contoh yg TAK BAIK bagi NABI
sepertimana yg kamu tak terima contoh2 sebegitu

cam jugak
ada yg anggap SEHELAI JANGGUT BERGANTUNGNYA SATU MALAIKAT
adalah HADITH NABI yg lemah
sebab tu ramai yg tak berjanggut kannnn!!!!!!!!!

aaaiiiiiiieeeeekkkkkk  sedara ni
yang HADITH NABI pun tak leh terima KESEMUANYA
yg ulamak yg tak dikenali, bercerita ttg PENURUNAN AL QURAN
yg tergolong dalam AYAT SAMA2
yg sedara ambil!!!!
heran, heran
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2011 08:30 PM | Show all posts
Reply 2177# orangbesi

Memanglah ayat tersebut secara zahirnya kelihatan seperti contoh yang tak baik yang dilakukan oleh Nabi Muhammad, tetapi apabila kita berfikir dengan lebih baik, maka kita menyedari bahawa itu semua adalah sudah ketentuan Allah. Justeru apabila kita memahami sedemikian, maka kita ada alasan yang kukuh untuk melihat sebenarnya itu adalah perancangan Allah untuk memberi pengajaran kepada manusia. Justeru hakikatnya Nabi Muhammad hanya melakukan suatu ketentuan Allah semata-mata.

Kamu harus berfikir, bukan setakat membaca sahaja. Pendapat ulamak itu selaras dengan Al-Quran. Jika ianya selaras, maka kenapa pula saya tak harus terima??

Yang pasti, Al-Quran sekali gus berada pada Luh Mahfuz (al-Buruj:21-22). Bukan ayat-ayat tertentu, tetapi yang disebutkan berada di Luh Mahfuz itu adalah "Al-Quran", justeru satu Al-Quran yang complete berada di Luh Mahfuz.

Juga Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan (al-Baqarah:185), bukannya disebutkan surah-surah tertentu atau ayat-ayat tertentu, tetapi yang disebutkan adalah "Al-Quran". Justeru bermakna complete satu Al-Quran yang diturunkan. Sedangkan kita tahu Nabi Muhammad menerima wahyu secara berperingkat-peringkat. Justeru satu Al-Quran yang complete berada pada satu tempat sebelum diturunkan berperingkat-peringkat kepada Nabi Muhammad. Justeru pendapat ulamak itu saya lihat amat menepati Al-Quran. Justeru tiada sebab untuk saya tidak menerimanya.



Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2011 11:50 AM | Show all posts
Reply 2178# erusi2


mau pun BERFIKIR
ingat dah tak ada AKAL untuk digunakan
dr terima bulat2
atau buang bulat2 jeeeee

LUH MAHFUZ!!!
kan budak kecil pun tahu hal ni kann kannnn
tapi cuba tanya depa
kalau AL QURAN setakat kerongkongan saja atau
AL QURAN di mulut sahaja.............

tentu mereka terpinga-pinga kannnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2011 08:38 AM | Show all posts
Reply 2179# orangbesi

Saya rasa kamu ni ada masalah. Sebab tak faham-faham apa yang saya perkatakan. Saya tak katapun yang kita tak harus berfikir. Tentang berfikir ni saya sangat-sangat setuju, cumanya saya tak setuju jika dikatakan berfikir seketika lebih afdhal daripada beribadat selama setahun. Kamu faham ker ayat saya tuh?

LUH MAHFUZ!!!
kan budak kecil pun tahu hal ni kann kannnn
tapi cuba tanya depa
kalau AL QURAN setakat kerongkongan saja atau
AL QURAN di mulut sahaja.............

tentu mereka terpinga-pinga kannnnnnnnnnn


Cuba jelaskan apa yang kamu ingin sampaikan dari ayat kamu di atas tu???

So now saya rasa kita sudah selesai berkenaan dengan surah 'Abasa ayat 1-10 itu. Tiada apa isu lagi yang boleh dibangkitan dari ayat tersebut. So jika kita berfikir dan bertanya pada tempat yang betul, memang banyak yang dapat kita fahami jika sebelum kita tak tahu dan tak faham.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:30 PM GMT+8 , Processed in 0.392265 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list