CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2520|Reply: 0

MotoGP: ‘Karpet merah’ Ducati buat Marquez

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:03 PM | Show all posts |Read mode

BAGNAIA (kiri) percaya kehadiran Marquez mampu memberi nilai tambah buat Ducati dalam usaha mereka untuk terus menguasai saingan MotoGP. - AFP

LONDON – Pelumba Itali, Francesco Bagnaia menyambut baik sekiranya Marc Marquez dapat menyertai keluarga Ducati pada perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) musim depan selepas sah meninggalkan pasukan Honda pada penghujung 2023.

Tegas Bagnaia, kehadiran Marquez ke Ducati mampu mewujudkan satu lagi pertarungan yang baik selepas pelumba Sepanyol itu yang dikaitkan bakal menyertai Gresini Racing bersama adiknya, Alex Marquez sekali gus memungkinkan Fabio di Giannantonio bakal ditendang keluar.

Ketika ini, Marquez kembali bersemangat apabila memperoleh podium Grand Prix pertamanya musim ini di Jepun selepas bersaing hebat selepas Jorge Martin menjuarai perlumbaan tersebut, sementara Bagnaia tempat kedua.

“Saya gembira dengan keputusan yang dibuat Marquez. Jika dia (Marquez) tiba di Ducati, dia akan menjadi pesaing saya seterusnya. Jika benar Marquez sertai Gresini, mereka mampu lakukan kejutan.

“Dia akan menjadi nilai tambah kepada Ducati. Melihat data seseorang seperti itu akan menjadi dorongan dan bantuan kepada Ducati. Kemudian kita akan melihat apa yang Marquez mampu lakukan,” kata Bagnaia.

Pada tahun depan, Bagnaia akan dibekalkan jentera terbaharu iaitu GP24 dan Marquez dijangka akan menerima pakej 2023 yang digunakan Bagnaia atau Martin.

Sementara itu, ketiadaan Marquez tahun depan menyebabkan Honda mencari alternatif lain dan difahamkan Johann Zarco akan sertai pasukan dari Jepun tersebut selepas menandatangani perjanjian bersama LCR Honda baru-baru ini. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ucati-buat-marquez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.316966 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list