CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2532|Reply: 0

F1: Hamilton kagumi kehebatan Verstappen

[Copy link]
Post time 7-10-2023 01:02 PM | Show all posts |Read mode

HAMILTON (kanan) mengakui Verstappen dan Red Bull layak untuk menjulang gelaran juara musim ini berdasarkan kerja keras yang dilakukan. - AFP

LONDON – Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton memuji seteru utamanya, Max Verstappen ketika pemandu Red Bull itu berada di ambang menjulang gelaran dunia Formula Satu (F1) buat kali ketiga berturut-turut.

Hamilton berkata, dia tidak akan menghalang pemandu Belanda itu meraikan kemenangan tersebut selepas menyifatkan bahawa Verstappen telah melakukan sesuatu yang luar biasa sepanjang musim ini

Verstappen dijangka akan memenangi gelaran dunia F1 pada perlumbaan ‘Sprint’ pada Grand Prix (GP) Qatar hari ini tanpa menunggu perlumbaan sebenar pada Ahad nanti.

Ketika ini, Verstappen mendahului carta kedudukan pemandu dengan 400 mata sekali gus meninggalkan rakan sepasukanya Sergio Perez dengan kelebihan 177 mata dan memerlukan tiga mata sahaja untuk menang.

Justeru, Verstappen hanya perlu mengutip tiga mata atau menamatkan saingan di kedudukan keenam di Qatar.

“Tiada siapa boleh menghalang Verstappen untuk melakar kemenangan esok (hari ini). Dia (Verstappen) telah melakukan kerja yang menakjubkan dengan pakej yang dia ada.Verstappen dan pasukannya mencetuskan sensasi dan mereka berada fasa yang berbeza.

“Sebagai sebuah pasukan, kami perlu melihat apa yang dicapai Red Bull sebagai cabaran utama. Bagi saya, ini yang perlu dilihat pasukan dan bangkit menampilkan aksi lebih baik serta berjuang pada musim akan datang,” kata Hamilton. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... hebatan-verstappen/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:44 PM GMT+8 , Processed in 0.399112 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list