CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1619|Reply: 0

[Perak] Sultan Perak rasmi Jambatan Sultan Nazrin Shah

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:47 PM | Show all posts |Read mode

Sultan Nazrin berkenan merasmikan Jambatan Sultan Nazrin Shah di Bagan Datuk, hari ini. FOTO MUHAMAD LOKMAN KHAIRI

Bagan Datuk: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Jambatan Bagan Datuk-Sejagop dengan memasyhurkannya sebagai Jambatan Sultan Nazrin Shah, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba baginda kira-kira 10 pagi disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Majlis dimulakan dengan lagu kebesaran negeri Perak diikuti bacaan ayat al-Quran dan doa sebelum Sultan Nazrin menyempurnakan lafaz perasmian dan menandatangani plak.

Baginda kemudian berkenan meninjau Jambatan Sultan Nazrin Shah seterusnya menyaksikan demonstrasi menyelamat di air oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Agensi Pertahanan Awam (APM).

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris A'fifullah Shah; Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A'fifullah Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Sementara itu, Ahmad Zahid dalam sembah ucapan berkata, jambatan yang menghubungkan daerah Bagan Datuk dengan Perak Tengah itu bakal memberi manfaat kepada kira-kira 70,300 penduduk dengan memendekkan jarak perjalanan daripada 50 kilometer (km) sebelum ini kepada 10.5 km sahaja.

"Terbinanya jambatan bernilai RM460 juta merentasi Sungai Perak dijangka akan menarik lebih ramai orang mengunjungi daerah Bagan Datuk serta memberi limpahan ekonomi dan sosial kepada rakyat di daerah ini.

"Selain itu, rakyat dapat menikmati jarak perjalanan lebih pendek iaitu pengurangan sekitar 50 kilometer dengan penjimatan masa sebanyak lebih satu jam.

"Maksudnya, sekarang hanya mengambil masa kurang dari 15 minit sahaja dengan adanya jambatan ini," katanya.

Menurutnya, jambatan itu juga menjadi kebanggaan kepada warga Bagan Datuk kerana dikurniakan anugerah The Malaysia Book of Records Tahun 2023 dengan pencapaian Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk Yang Terpanjang dan Bilangan Titik Cerucuk Terbanyak bagi Laluan Papak Bertingkat Atas Cerucuk.

Jambatan terbaharu di Perak itu siap sepenuhnya selepas lebih enam tahun sejak pecah tanah pada 2017 dan dibuka kepada umum mulai 31 Mei lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -sultan-nazrin-shah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.056623 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list