CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1297|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Lega penantian 2 tahun berakhir

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:38 PM | Show all posts |Read mode

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh menyampaikan cenderahati kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut selepas majlis Pembukaan Jalan Sambungan dari Taman Dato Senu 3 ke Jalan Kg. Bandar Dalam, Bandar Sentul Utama, Sentul, Bandar Sentul Utama. FOTO ASWADI ALIAS

Kuala Lumpur: Pembukaan jalan sambungan dari Taman Dato Senu 3 ke Jalan Kampung Bandar Dalam, Sentul akan memberi manfaat kepada lebih 50,000 penduduk sekitarnya sekali gus meleraikan penantian selama dua tahun.

Pembinaan laluan sambungan yang menelan belanja sebanyak RM8.5 juta itu juga dijangka dapat memendekkan lebih kurang 30 minit masa perjalanan penduduk untuk ke lokasi lain terutama ke pusat bandar dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke).

Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran berkata, pihaknya bersyukur kerana penantian dan harapan penduduk selama dua tahun supaya jalan sambungan sepanjang 130 meter itu siap sepenuhnya tercapai.

Katanya, masalah kesesakan lalu lintas di kawasan Sentul ini semakin tinggi dan disebabkan itu pihaknya sebelum ini mendesak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya pembinaan jalan sambungan terbabit dipercepatkan kerana dapat mengurangkan kesesakan trafik pengguna yang melalui jalan Taman Dato Senu sebagai akses ke pusat bandar dan Batu Muda.

"Kami ucapkan tahniah kepada semua pihak yang terbabit merealisasikan pembinaan jalan sambungan ini kerana apabila ada laluan ketiga ini sudah pasti ia akan mengurangkan kesesakan di kawasan sekitar.

"Jalan sambungan ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna dan dapat digunakan pada waktu kecemasan," katanya kepada media di Majlis Perasmian dan Pembukaan Jalan Sambungan dari Taman Dato Senu 3 ke ke Jalan Kg Bandar Dalam, Sentul di sini, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Kamarulzaman Mat Salleh, Pengerusi Eksekutif Kumpulan Taman Melati Ehsan, Tan Sri Yap Suan Chee dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan.

Prabakaran berkata, pihaknya juga akan sentiasa mengambil maklum balas penduduk yang menggunakan jalan sambungan itu nanti dan akan mempertimbangkan untuk membina pemasangan bonggol bagi mengelakkan pemandu membawa kenderaan mereka dengan laju kerana tiada lampu isyarat di laluan berkenaan.

"Tidak sesuai untuk memasang lampu isyarat di laluan terbabit kerana ia akan menambah lagi kesesakan trafik.

"Oleh itu, pemasangan bonggol lebih sesuai," katanya.

Pada keseluruhannya, Bandar Sentul Utama meliputi pembangunan hartanah seluas kira-kira 60 ekar (24.28 hektar) dan menjadi projek pembangunan bercampur komprehensif, bersepadu dan mampan.

Komponen pembangunan projek ini meliputi blok kediaman, pusat komersial, pejabat, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dengan kira-kira 6,000 unit kediaman dan komersial berserta kemudahan padang suka , rekreasi, sekolah dan taman hijau.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... an-2-tahun-berakhir
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051274 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list