CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1173|Reply: 0

[Wilayah Persekutuan] Tusuk anak saudara dengan gunting, hukuman penjara 20 tahun kekal

[Copy link]
Post time 7-10-2023 12:35 PM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan

Putrajaya: Mahkamah Rayuan hari ini mengesahkan hukuman penjara 20 tahun ke atas seorang penganggur kerana menyebabkan kematian anak saudaranya berusia tiga tahun yang mayatnya ditemukan dengan 56 kesan tikaman.

Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah menolak rayuan Goh Jie Keat untuk mengurangkan hukuman penjara ke atasnya.

Vazeer yang menyampaikan keputusan mahkamah berkata hukuman penjara 20 tahun itu tidak keterlaluan mempertimbangkan cara Goh menyebabkan kematian budak perempuan berkenaan.

Beliau berkata rayuan Goh tidak mempunyai merit dan menambah hakim Mahkamah Tinggi telah mengguna pakai prinsip yang betul ketika memutuskan tempoh 20 tahun penjara itu.

Goh, 27, pada mulanya dituduh membunuh Serena Yip Pee Yee di sebuah rumah di Jalan Kuang Gunung 4, Taman Kepong di Kuala Lumpur, antara 7 malam hingga 8 malam pada 18 Jun, 2018.

Selepas 11 saksi pertuduhan memberi keterangan, Goh menghantar representasi kepada Peguam Negara dan representasinya diterima supaya tuduhan membunuh ke atasnya dikurangkan kepada menyebabkan kematian.

Pada 13 Julai, 2021, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun ke atas Goh selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kematian anak saudaranya itu.

Beliau bagaimanapun memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk mengurangkan tempoh hukuman.

Menurut fakta kes, Goh sedang memotong bungkusan plastik dengan sebilah gunting ketika anak saudaranya itu mengusiknya dan mengajaknya bermain. Goh berang dengan usikan itu dan menikam kanak-kanak tersebut.

Dia berumur 21 tahun ketika melakukan kesalahan itu.

Peguam N. Subramaniyan yang mewakili Goh berhujah hukuman terhadap anak guamnya patut diringankan kepada 12 hingga 15 tahun atas alasan tindakan pemuda itu bukanlah sesuatu dirancang.

Namun, Timbalan Pendakwa Raya Norzilati Izhani Zainal berkata hukuman itu wajar dikekalkan memandangkan ia adalah kesalahan yang berat dan mangsa baru berumur tiga tahun.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... jara-20-tahun-kekal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 07:49 PM GMT+8 , Processed in 0.169014 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list