CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14037|Reply: 4

Remaja 14 Tahun Antara Ditahan Terbabit Sindiket Judi Online Kaut, RM13 Juta Sebulan

[Copy link]
Post time 6-10-2023 10:10 PM | Show all posts |Read mode
Remaja 14 tahun antara tujuh individu yang ditahan terlibat sindiket penipuan dalam talian yang mengaut keuntungan RM13 juta sebulan.


Kegiatan mereka terbongkar selepas polis membuat serbuan di dua kediaman kondominium di Salak Selatan, Cheras di Kuala Lumpur pada Khamis.


Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya membuat serbuan di dua premis berkenaan yang dijadikan sebagai pusat panggilan bagi kegiatan penipuan dalam talian kira-kira jam 1 petang.






"Dalam serbuan itu, seramai tujuh lelaki tempatan berusia antara 14 hingga 40 tahun ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan judi dalam talian.


"Remaja berusia 14 tahun yang ditahan dalam serbuan itu didapati bekerja di pusat panggilan berkenaan dan tidak bersekolah.


"Kami turut merampas 14 monitor, tujuh unit pemprosesan komputer (CPU), 18 telefon bimbit pelbagai jenama dan tiga modem," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.


Zam Halim berkata, siasatan awal dilakukan mendapati premis itu digunakan untuk mempromosikan judi dalam talian yang menyasarkan individu tempatan dan warga asing.


"Transaksi kemasukan kredit bagi sindiket perjudian itu dianggarkan sekitar RM13 juta sebulan sejak mula beroperasi sejak April lalu.


"Semua individu ditahan direman selama empat hari bermula 6 Oktober hingga 9 Oktober ini untuk siasatan lanjut.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 120(B)/420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.


Beliau menyeru orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan membabitkan sindiket sedemikian kepada pihak polis.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap tangkapan juga dpt dibuat pd aktiviti2 scamming yg lain.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 06:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Tolong tenbak mampos semua scammer ni kecuali polis sendiri yg kaut duit dari kegiatan scammer ni...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 06:39 AM | Show all posts
ni kalau judi online, terang2 judi online, sendiri rela tabur duit walhal tak wujud pun judi online tu, adan muka la mangsa... bukannya dia paksa mangsa tu transfer duit untuk berjudi...
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2023 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
14 thn ko dah reti ae scam org. Kot lg 10 thn apa jd la ko nik dik ????????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.050275 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list