CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12997|Reply: 0

[Perlis] Dua ditahan bersama 20kg ketulan mampat ganja dalam kereta

[Copy link]
Post time 6-10-2023 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-10-2023 05:58 PM

Dua ditahan bersama 20kg ketulan mampat ganja dalam kereta

06 Oktober 2023   05:04pm





Gambar hiasan




KANGAR - Polis menahan dua individu dan merampas 20 kilogram (kg) dadah jenis ganja dianggarkan bernilai RM620,000 selepas menahan sebuah kereta di Lebuhraya Kuala Perlis - Changlun, dekat Arau, kelmarin.


Pemangku Ketua Polis Perlis, Senipr Asisten Komisioner Baderulhisham Baharudin berkata, kenderaan dinaiki kedua-dua suspek lelaki berusia 26 dan 28 tahun itu ditahan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perlis pada jam 4.30 petang.


"Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui sebuah kotak yang mengandungi 20 ketulan mampat dipercayai ganja seberat 20kg dan saringan awal mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis ganja," katanya dalam kenyataan, di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, pihak polis juga bertindak menyita pelbagai aset suspek bernilai RM58,500 yang disyaki diperoleh hasil daripada aktiviti larangan.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.414763 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list