CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5330|Reply: 0

[Perlis] BPT di Perlis dijangka pulih dalam masa seminggu

[Copy link]
Post time 6-10-2023 03:15 PM | Show all posts |Read mode
BPT di Perlis dijangka pulih dalam masa seminggu



Aizat Sharif
am@hmetro.com.my



RAZALI (kiri) melihat proses pembungkusan serta stok bekalan beras putih di kilang itu di Batas Liku, Arau. FOTO Aizat Sharif




Arau: Bekalan beras putih tempatan (BPT) di Perlis dijangka pulih dalam tempoh seminggu lagi.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Perlis, Razali Saad berkata, pihaknya sudah 'turun padang' beberapa hari sebelum ini bersama Seksyen Kawalselia Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Perlis untuk meninjau bekalan BPT yang dilihat agak berkurangan di negeri itu sebelum ini.

"Apa yang masih menjadi masalah pada waktu ini adalah mengenai kekurangan beras putih tempatan di kedai (runcit) di Perlis dan ini disebabkan gangguan bekalan yang terjadi sehingga menjejaskan perjalanan bekalan ke premis ini.

"Disebabkan itu juga, kita melakukan tinjauan stok beras putih tempatan di beberapa pemborong di negeri ini setakat ini memang mencukupi dan kini sedang berada dalam proses dipek untuk tujuan pengedaran kepada peruncit di seluruh Perlis.

"Kita (kerajaan negeri) termasuk agensi terbabit dalam pemantauan ini berkeyakinan bahawa bekalan beras putih tempatan ini akan pulih dalam tempoh seminggu dan akan berada dalam pasaran," katanya selepas mengetuai Ops Jamin yang meninjau bekalan beras putih tempatan di dua kilang pemborong beras di sekitar Arau dan Padang Besar hari ini.

Katanya, situasi kekurangan bekalan BPT ini kini semakin menunjukkan pemulihannya apabila tiada had yang ditetapkan kepada pemborong untuk bekalan beras putih tempatan ini diambil.

"Ia bergantung kepada kemampuan kilang pemborong itu sendiri untuk memproses dan pek semula beras putih tempatan itu sebagai contoh di kilang Pemborong Beras Sabirah Enterprise ini, mereka berkemampuan untuk menyediakan 500 tan metrik setiap hari.

"Di Perlis ini juga, terdapat lima pemborong beras yang diberi lesen untuk pembungkusan dan pemasaran beras putih tempatan kepada peruncit," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 6, 2023 @ 2:37pm










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.055351 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list