CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3314|Reply: 0

[Perak] Bapa 7 anak terima manfaat Geran Sepadan percuma PTPTN

[Copy link]
Post time 5-10-2023 05:37 PM | Show all posts |Read mode

Ahmad Dasuki (kiri) bersama Shah Hirunizam (dua dari kiri) sewaktu menyampaikan Geran Sepadan berjumlah RM9,513.57 di Pasir Gudang, Johor.

PETALING JAYA – Seorang bapa tujuh anak telah menerima manfaat Geran Sepadan berjumlah RM9,513.57 daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melalui Program Sinar Kasih di kediamannya di Pasir Gudang, Johor pada Rabu lalu.

Menurut PTPTN dalam satu kenyataan, Shah Hirunizam Kadir merupakan seorang bapa yang sangat mementingkan pendidikan dan masa depan dengan membuat perancangan kewangan sejak awal usia anak-anaknya.

Difahamkan, Shah Hirunizam yang bekerja sebagai jurukimpal di sebuah syarikat swasta itu telah membuka akaun Simpan SSPN Prime pada 21 September 2005 untuk dua anaknya.

“Pemberian Geran Sepadan ini digunakan untuk pembiayaan kos pendidikan anak kedua, Aisyah Shah Hirunizam, 18, bagi melanjutkan pengajian di Universiti Putra Malaysia (UPM) peringkat asasi dalam jurusan sains pertanian,” kata kenyataan itu.


Ahmad Dasuki (dua dari kiri) bersama Shah Hirunizam (tiga dari kiri) sewaktu menyampaikan Geran Sepadan berjumlah RM9,513.57 di Pasir Gudang, Johor.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid pula menjelaskan, Geran Sepadan merupakan insentif kewangan yang ditawarkan kepada pendeposit berpendapatan tidak melebihi RM4,000 sebulan apabila penerima manfaat iaitu anak-anak mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi (IPT) diiktiraf kerajaan.

“Inilah salah satu keistimewaan Simpan SSPN Prime yang sangat menarik iaitu pemberian Geran Sepadan secara percuma sehingga RM10,000 untuk keluarga yang layak.

“Ia juga salah satu usaha kerajaan bagi memastikan golongan berpendapatan rendah menikmati manfaat penabungan yang berganda,” katanya.

Tambahnya, instrumen simpanan melalui Simpan SSPN diwujudkan untuk menggalakkan masyarakat membuat perancangan kewangan bagi tujuan pendidikan tinggi.

“Selain daripada pemberian Geran Sepadan, pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun, perlindungan takaful ke atas pendeposit, dividen yang kompetitif, patuh syariah dan dijamin oleh kerajaan antara manfaat yang ditawarkan.

“PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa berusaha membantu ibu bapa dan pelajar untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), sekali gus komited memastikan tiada lagi pelajar yang tercicir kerana masalah kewangan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... adan-percuma-ptptn/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:58 AM GMT+8 , Processed in 0.048378 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list