CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3519|Reply: 0

[Johor] Jerut leher isteri guna tali hingga pengsan

[Copy link]
Post time 5-10-2023 05:15 PM | Show all posts |Read mode

Muar: Berang selepas gagal mendapat sejumlah wang dikehendaki, seorang lelaki naik hantu dengan menjerut leher isterinya menggunakan tali hingga pengsan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Kim Kee, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam, suspek berusia 33 tahun yang juga penganggur dipercayai dalam proses penceraian dengan isterinya berusia 29 tahun, naik angin apabila wanita itu tidak memenuhi permintaannya.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, keadaan itu menyebabkan suspek bertindak luar dugaan apabila mengambil tali lalu menjerut leher isterinya.

Pada masa sama, Raiz Mukhliz berkata, suspek turut menutup mulut mangsa hingga tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, perbuatan suspek menyebabkan dia panik dan melarikan diri sebaik mangsa tersedar selepas ditamparnya.

"Mangsa kemudian menyelamatkan diri lalu ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar untuk membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi.



SUSPEK dibawa keluar dari Mahkamah Majistret selepas direman lima hari kerana menjerut leher isteri. FOTO Alias Abd Rani

Raiz Mukhliz berkata, bertindak atas laporan dibuat mangsa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah berjaya menahan suspek pada hari kejadian.

Beliau berkata, suspek kemudian dibawa ke IPD Muar untuk siasatan lanjut sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret untuk perintah reman.

"Polis masih menjalankan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh," katanya.

Sementara itu, suspek memakai baju lokap jingga tiba di Mahkamah Majistret sekitar jam 8 pagi bagi mendapatkan perintah reman.

Perintah reman lima hari dikeluarkan Majistret Fatin Dalilah Khalid bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... tali-hingga-pengsan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.038366 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list