View: 3564|Reply: 0
|
[Johor]
Dera 2 anak kandung, wanita dan teman lelaki didakwa
[Copy link]
|
|
Muar: Seorang wanita serta teman lelakinya didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendera dua anak kandung menggunakan rotan dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Bakri, bulan lalu.
Tertuduh, Ouch Pisey, 36, warga Kemboja manakala teman lelakinya, Chong Chin Wee, 38, yang juga tukang masak bagaimanapun tidak mengaku bersalah sebaik pertuduhan dibaca bersama di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan, pasangan itu didakwa mendera dua anak perempuan masing-masing berusia lima dan enam tahun di sebuah rumah antara 16 hingga 26 September lalu.
Mereka didapati menganiayai kedua-dua kanak-kanak itu menggunakan rotan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31 akta sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Pasangan itu boleh dikenakan hukuman didenda sehingga RM50,000 atau penjara 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 7 November ini sebutan semula kes, serahan dokumen dan lantikan peguam.

OUCH Pisey dan teman lelakinya dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen atas pertuduhan mendera dua anak kandungnya. FOTO Alias Abd Rani.
Abu Bakar juga mengarahkan hanya warga tempatan dibenarkan membayar ikat jamin Ouch.
Sementara itu, di Mahkamah Majistret, Chong turut berdepan satu lagi pertuduhan mencederakan bapa kandung mangsa, Tan Kim Hock dengan menggunakan rotan.
Bagaimanapun, Chong mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.
Majistret, Fatin Dalilah Khalid membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan tarikh sama untuk sebutan semula kes.
Khamis lalu, ibu kandung dan teman lelakinya ditahan susulan laporan polis dibuat bapa kandung yang mendakwa dua anak perempuannya didera menggunakan rotan.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, berkata kejadian itu disyaki didalangi ibu mangsa dan teman lelakinya.
Katanya, kejadian itu menyebabkan kedua-dua mangsa mendapat rawatan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah selepas lebam di badan, pinggul dan juga betis.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eman-lelaki-didakwa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|