|
He juara maraton lelaki
HE (kanan) mengalungkan pingat emas kepada jurulatihnya selepas memenangi acara maraton lelaki di Sukan Asia, hari ini. FOTO AFP
Hangzhou: Atlet China, He Jie muncul juara acara maraton lelaki di Sukan Asia ke-19, hari ini, manakala atlet Bahrain, Eunice Chebichii Chumba meraih pingat emas acara wanita.
He yang menduduki tempat ke-45 di Kejohanan Olahraga Dunia di Budapest, Ogos lalu, bersaing hebat dengan atlet Korea Utara, Han Ilryong dalam acara sejauh 40 kilometer di kawasan Qiantang River Green Belt itu.
Tetapi, dia mengatasi pencabar berusia 23 tahun itu untuk menamatkan perlumbaan dengan catatan 2 jam 13 minit dan 2 saat (s), 25s di depan pencabarnya.
Seorang lagi wakil China, Yang Shaohui meraih gangsa mengatasi peserta Jepun, Toshiki Sadakata.
Sementara itu, Eunice yang memenangi Maraton Rotterdam pada tahun ini, berada dalam kelas tersendiri apabila tiba di garisan penamat dengan catatan 2:26.14s iaitu dua minit di depan pencabarnya.
Atlet China, Zhang Deshun menduduki tempat kedua manakala wakil Kyrgyzstan, Sardana Trofimova di tempat ketiga.
SumbeR:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... uara-maraton-lelaki
|
|