CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4773|Reply: 11

Aina Abdul Dilabel Kekwat Dan Sombong "Saya Tak Ramai Kawan,Come And Meet Me First"

[Copy link]
Post time 5-10-2023 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Aina Abdul dilabel seorang yang kekwat dan sombong oleh sesetengah pihak.


Namun Aina menafikan dakwaan tersebut kerana mengakui dirinya tidak mempunyai ramai kawan serta banyak luangkan masa bersama piano di rumah.


Foto: IG




“Sebenarnya kekwat itu tidaklah, mungkin saya kurang kawan, saya kurang berkawan.


“Saya banyak habiskan masa di rumah bersama piano saya sebab saya seorang yang lebih banyak bersendirian, bila sebegitu ada orang kata saya kekwat dan sombong, tapi tidak.


“Saya tak banyak kawan, setiap kawan yang ada itu kawan rapat,” katanya kepada Melodi.




  



Tambahnya dia menghormati apa sahaja pandangan orang namun dirinya lebih tahu apa yang diinginkannya dan terus berkarya.


“Kalau ada yang kata kekwat, ‘come and meet me first, talk to me and get to know me through my fans club’. Mungkin pandangan anda akan berubah.


  



“Saya ada dengar juga orang cakap-cakap sebegitu, tapi saya tidak mahu bersuara apa-apa nanti akan merosakkan lagi keadaan .


“Apa sahaja pendapat mereka saya hormat tetapi saya tahu prinsip hidup saya, saya buat kerja saya saja. Tak kenal maka tak cinta."




  



Terdahulu, nama Aina turut terpalit dengan dakwaan sesetengah netizen yang melabelkannya acah diva dan ‘annoying’ dek kerana penampilannya. -CARI


Sumber; XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 02:40 PM | Show all posts
..get to know me through my fans club..


gitteww...terpaling fan club. dah yang masuk fan club ko sah sah la ponen2 fanatik..mesti la kagum ngan kau...yang tak fan ni je yang nampak perangai kau.. masa backstage AJL crew semua dah paham kau diva macamana pulak walaupun ramai lagi seniors yang masuk final.. kau tetap yang terpaling nak limelight..sampai bergaduh ngan manager sendiri...ehehehehehe.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Spill lah chuols tahap kedivaan tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 05:12 PM | Show all posts
Ya tohaaaannn..puhleez la yenaahh..rengsek tengok ko...insecure namatey.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 09:41 PM | Show all posts
iols rasa dia ni sebenarnya mesti ada personality yang menarik, tapi ditutup dengan insecurities she pasal rupa paras beliau. boleh rasa sheols selalu dikecam kerana rupa sejak kecik
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntah..aku macam suka dengan Aina ni. Dia macam ada vibes yang menyenangkan..tengok cara dia bercakap pun best. Paras rupa tolak tepila..tetap ada manisnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2023 10:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena kenal dulu..baru tau org ti sombong atau tak..ada org jenis tk pandai nk tnjk ramah sgt..mgkn takut org ckp perasannya..tersengih2..huhu..jd tk.tau nk senyum or nk masam..serba salah..mgkn aina jenis gitu..kena kenal dulu..org tegur dulu ke...i  g pndpt je..tk taulah yg betul mcm mana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:06 AM | Show all posts
org nama aina ni mmg.... ermm.. pelik?

aina bedul
aina sapikah ig
aina sapikah tahfiz
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 5-10-2023 02:40 PM
gitteww...terpaling fan club. dah yang masuk fan club ko sah sah la ponen2 fanatik..mesti la kagum ...

Dia ni ada vibe dan aura negatif yg mana org sekali pandang x suka.  Jenis aura yg nak semua org lebihkan dia, jenis look at me! Tgk persediaan AJL yg over the top tu pom dah rasa dia ni seoramg yg serabut. Aura pleasent tu x berapa nak timbul.

Dari segi nyanyian plak, aku prefer yg merdu dan x terjerit² so aina bukan dalam list utk didengar.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 08:31 AM | Show all posts
dah kenapa semeh retis claim mengecikkan circle?
ke memang trend? koserrr!!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 10:27 AM | Show all posts
ashilalat replied at 6-10-2023 08:29 AM
Dia ni ada vibe dan aura negatif yg mana org sekali pandang x suka.  Jenis aura yg nak semua org l ...

dia 'pick me girl'... always play victim & innocent, kalau dia request itu ini tak dapat, mesti nak ungkit pasal org tak pandang dia sebab bakat la, sebab underdog la, sebab self-management lah... walhal dalam dunia ni tak semua benda revolves around you. Masa AJL demand demand demand nak itu ini ikut imaginasi aneh dia, propa la metafora lah, production pening, manakan nak ikut demand dia, nak jaga konti, jaga visual lagi, jaga que artis lain lagi, manager (ex-manager) pun pening sampai bergaduh2 masa rehearsal, yang boleh layan dia tu lah si designer Melinda Looi & ponen aneh si stylist team Behati tu...itupun sebab berbayar kan, terima je lah idea aneh dia. Terpaling aneh.


Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 12:47 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 6-10-2023 10:27 AM
dia 'pick me girl'... always play victim & innocent, kalau dia request itu ini tak dapat, mesti na ...

On point komen kau dgn imaginasi aku pasal aina bendul ni. Play victim perkataan paling tepat. Dia ni kalau lah tuhan bagi penerimaan masyarakat mcm Sharifah Aini atau Siti Nurhaliza, komfem dia akan berlagak diva dan over the top. Belom capai tahap Pah dan Siti pon dah over.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:08 PM GMT+8 , Processed in 0.062912 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list