CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3699|Reply: 0

MotoGP: Miguel Oliveira dikait gantikan Marc Marquez

[Copy link]
Post time 5-10-2023 12:45 PM | Show all posts |Read mode

OLIVEIRA menjadi antara nama yang dikaitkan dengan pasukan Honda yang mungkin akan kehilangan khidmat Marquez. - AFP

LONDON – Pelumba Portugal, Miguel Oliveira antara pelumba terkini dihubungi pasukan Jepun, Honda selepas dikhabarkan untuk menggantikan tempat juara dunia MotoGP enam kali, Marc Marquez tahun depan.

Menurut laporan antarabangsa, Oliveira dalam senarai pendek untuk menggantikan Marquez yang dijangka menyertai pasukan Gresini Racing pada 2024.

Spekulasi tersebut turut diperkuatkan apabila Pengurus Besar Ducati, Luigi Dall’Igna percaya bahawa Marquez sememangnya telah memutuskan untuk meninggalkan Honda untuk Gresini Racing.

“Honda sedang menghubungi setiap pelumba MotoGP pada masa ini,” kata sumber dalaman pasukan Honda.

Ketika ini, Oliveira bersaing bersama pasukan RNF sehingga musim 2024 dan pelumba berusia 28 tahun dari Portugal itu sebelum ini telah menegaskan bahawa dia ingin kekal bersama pasukan tersebut.

Dalam pada itu, Honda turut dikatakan terdesak mencari pengganti apabila turut telah menghubungi beberapa pelumba lain antaranya, Maverick Vinales dari Aprilia serta Pedro Acosta dari KTM.

Vinales ketika ini masih terikat kontrak dengan pasukan Aprilia Racing sehingga 2024 dan Acosta yang bersaing dalam saingan Moto2 turut mempunyai kontrak dengan KTM. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... tikan-marc-marquez/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.406587 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list