CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30065|Reply: 427

Owner Kedai Dah Bagi Penjelasan, Ekin Mawi Bantai Balik, "Bukan 20, 16 Orang Je"

[Copy link]
Post time 5-10-2023 11:43 AM | Show all posts |Read mode
Susulan pendedahan pemilik kedai makan mengenai dakwaan mengenakan caj mahal untuk hidangan makanan laut, Ekin Mawi sekali lafi tampil menjawab kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan.


Katanya dia bersama ahli keluarganya berkunjung ke restoran berkenaan seramai 16 orang dan bukanlah 20 orang seperti didakwa pemilik berkenaan.


Foto: IG




"Kami makan tak sampai 20 orang, semuanya 16 orang termasuk seorang bayi dan empat kanak-kanak. Takkan itu pun mereka nak kira ikut kepala.


"Sebenarnya resit asal yang dia berikan kepada saya pada hari berkenaan tidak sama seperti yang dia jelaskan di media sosial. Resit asal tiada pun menerangkan secara terperinci setiap hidangan yang kami makan.


"Jika dari awal lagi dia sudah jelaskan setiap perincian harga mungkin tidak menjadi isu," katanya ketika dihubungi mStar pada Khamis.


  



Sebelum itu, wanita dipercayai pemilik kedai mendedahkan isteri kepada penyanyi dan penyampai radio, Mawi itu datang bersama hampir 20 ahli keluarga yang lain ke kedainya pada Sabtu lalu.


Dalam video dimuat naik di Facebook, pemilik kedai berkenaan memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap mereka.


Menerusi perincian tersebut, mereka dikatakan membuat pesanan seperti pari bakar, siakap tiga rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.


Munurut Ekin lagi dia turut mendapatkan pandangan beberapa rakan lain yang juga bersetuju terhadap caj berkenaan keterlaluan dan tidak setimpal dengan jumlah hidangan.


"Ketika dapat tahu harga itu saya sudah mula rasa pelik. Kemudian ada juga bertanya kepada orang lain dan saya diberitahu harga itu agak melampau.


"Ketika saya makan di sana dan tanya harga pun dia tidak cakap. Katanya order sahaja dan kemudian baru kira. Kami niat baik nak bantu peniaga kerana ketika itu kedainya tidak ramai orang berbanding tempat biasa kami pergi," ujarnya.


Sementara itu, Ekin memberitahu dia memadamkan perkongsian dimuat naik di media sosial selepas ramai yang memberikan komen dan menghantar mesej berkongsi perkara sama berlaku di restoran berkenaan.




"Ramai yang sudah terkena, sebab itu saya padam gambar tersebut. Kami tak mahu ia menjadi isu besar sehingga nanti boleh jejaskan perniagaan di restoran itu.


"Bagi saya apa yang telah dikongsi sebelum ini adalah hak sebagai pengguna. Restoran itu juga tidak meletakkan tanda harga pada menu ketika kami makan di sana," jelasnya.


Sebelum ini, Ekin memuat naik hantaran di media sosial kerana terkejut dengan caj RM1,260 yang disifatkannya cekik darah oleh pemilik sebuah kedai makan.


Katanya, sebagai anak jati Johor yang biasa menikmati makanan di sekitar tempat sama tidak pernah dikenakan harga yang tidak berpatutan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 11:49 AM | Show all posts
hoiii....berapa banyak tred nak bukak ni?
kalau tuan tred lain2 tu xpe lah jugak. ni ngko je yg bukak bebanyak...jadahnya

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D1



Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:23 PM | Show all posts
Cer cakap betui2 brapa org sebenaunya. Dahla byk tred
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
1 kepala RM80.....takda ler melampau sangat....ko makan seafood pun bukan dim sum.....atau apam balik....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
byk benar threadnye ????
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni contoh org ego tak nak kalah....dah takde point nk ckp dia salahkan resit....ko tgok la sendiri kt meja kau mkn ape maybe ko mkn sikit je tp cube jeling kt sedara mara ko ape bende diorang ambik kt meja tuh....kalau nk detail mcm kt tokey tu terang ko patut jumpe die dulu....pastu boleh pulak ko petik org luar punye pendapat lah sedangkan ko punye cerita pon tk lengkap....kalau ko cite kt aku ko mkn 2 ekor ikan kena seribu lebih aku pon hangin dgr....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2023 01:07 PM | Show all posts
tkde ke dia snap pic lauk2 tu semua sebelum makan..? senang skit nk citer harga vs portion tu berbaloi ke idak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Jahat tul dengan pekedai pun ko nak bergaduh. Ko gaduh kat kedai aje la. Yang bawak ke viral tu sebab apa? Gila cunning perempuan ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau 16 pun memang dah berbaloi la harga tu. Ko order pun bukan jenis order satu orang 20 ringgit. Ko order satu orang siap boleh makan segala mak nenek seafood. Ko ingat seafood kat jb sama harga dengan seafood Felda Taib Andak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takkan tak mampu nak bayar
Ke saje nak up sebab dah senduuuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan siput babi jer sis. Jimat sikit. Siput gongong mmg mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kotakominami replied at 5-10-2023 11:59 AM
Ni contoh org ego tak nak kalah....dah takde point nk ckp dia salahkan resit....ko tgok la sendiri k ...

Exactly. Pekedai pun cakap lebihkurang 20org termasuk kanak2 bukan dia charge 20 orang yg datang makan. Agak bengap juga pompan tu ye dahlah sengkek. Makan 16 orang order memacam takkan nak harga RM120???? Orderlah nasi goreng kosong dengan air kosong tiap orang kalau gitu. Itupun dapat ke RM120?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bab makan kan..pejam mata je la..kalo dh niat  nk belanja makan dgn kwn2 or family..ni masih berbunyi2 x puashati pasal harga…org yg  dibelanja mkn pun akan rasa x sedap hati…
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:28 PM | Show all posts
jahat nya lah pompuan nih ... klu meols lah dah belanja org tak kisahlah berapa pun kena charge meols redho jerr ... kecik tau hati org yg kau belanja tu bila kau ungkit2 mcm nih! lg2 org2 tua pulak tu .. kesian makcik2 tu sikit sebanyak malu drg bila dia buat camnih .. klu tak mampu tu lainlah cerita .. ni laki kau kaya kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:28 PM | Show all posts
percubaan menepis kesenduan
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:30 PM | Show all posts
xde keje la owner kedai tu nak kira brp org satu meja duduk or makan tiap kali customer dia dtg makan.. so dia buat anggaran je la 20org tu duhhhhhhhhhhh...........

16org utk rm1.2k makan seafood tu sgat la ok... org makan shell out takde ikan pun 5-6org da rm500-600 cth mcm dekat shell out sunway giza tu, shell out Cengkerang kt Melaka tu... takat 16org rm1.2k apa lah sgat... pulak tu binikkk jutawan... ke da x jutawan skrg ni ??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 01:30 PM | Show all posts
xixin5230 replied at 5-10-2023 01:23 PM
Bab makan kan..pejam mata je la..kalo dh niat  nk belanja makan dgn kwn2 or family..ni masih berbuny ...

betul jugak tu sis
kalo iols kena camni, iols bayo balik portion
baru tau sengkek rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian makcik ni. I selalu makan kedai dia, sebab kedai dia masak macam Singapore style. Kedai lain memang melayu habis. Kedai dia aje ada baby squid yang crunchy tu dengan Chilli crab style Singapore. Kesian makcik ni, tak pasal2 buang masa dengan dua makhluk perasan ni. Haa tu la orang Johor dok afundi si Mawi beria dulu. Harap makcik dengan anak2 makcik dulu takde afundi si Mawi ni.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:37 PM | Show all posts
kotakominami replied at 5-10-2023 12:59 PM
Ni contoh org ego tak nak kalah....dah takde point nk ckp dia salahkan resit....ko tgok la sendiri k ...

setuju......apa2 xpuas ht pttnya clarification need to be done on the spot. dan dan tu p kt cashier explain mintak the breakdown.bkn dah blk br nk fikir, br nk tnya sana sni n trs up status. hayoo

i x side kan mn2, but even i p mamak mkn sorang rs dia overcas pon i g hadap trs. punyala cheapskate
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Pic mknn pon x tunjuk. Pastu pekedai just cakap lebih kurang 20 org. Dia pon x kira brapa org pi. Pastu aritu ekin cakap ikan 2 ekor. Tengok2 3 ekor. Bab tulisan ni standard la. Tulis pakai tangan. Tak de maknanya nak tulis terperinci. Untuk harga rm1200 16 org mkn agak logik.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 01:26 PM GMT+8 , Processed in 0.185200 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list