CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1837|Reply: 0

[Perlis] Pentadbir sekolah di kawasan jerebu perlu rancang aktiviti dalam kelas

[Copy link]
Post time 5-10-2023 11:05 AM | Show all posts |Read mode

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

Kangar: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) percaya pentadbiran sekolah di kawasan mengalami keadaan jerebu teruk mampu merencana aktiviti dalam kelas yang interaktif bagi menggantikan aktiviti kokurikulum di luar bilik darjah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, dalam menjalankan aktiviti persekolahan semasa keadaan cuaca berjerebu, pihaknya mempunyai garis panduan yang sudah pun ditetapkan sebelum ini.

"Bagi isu jerebu, kita memang ada suatu prosedur operasi standard (SOP) yang harus dipatuhi apabila tahap Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai angka 100 dimana semua aktiviti di luar bilik darjah mesti dihentikan manakala sekiranya ia sudah mencapai 200 pula, sekolah mesti ditutup.

"Namun dalam jangka masa pendek ini, kita melihat keadaan (berjerebu) ini masih dalam keadaan baik dan kita (KPM) memberi sekolah untuk membuat cadangan dan keputusannya sendiri dalam merancang sebarang aktiviti di sekolah," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Pertandingan Syarahan dan Bercerita Bahasa Melayu SJKC dan SJKT Piala Perpaduan Perdana Menteri Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di sebuah hotel di Kuala Perlis, di sini hari ini.

Katanya, pihaknya percaya bahawa sekolah dibantu dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dapat mengadakan cara yang lebih baik untuk pastikan murid dan pelajar dapat meneruskan aktiviti di sekolah meskipun jerebu melanda.

"Saya percaya kepada pihak sekolah, PPD dan JPN akan adakan cara yang lebih baik untuk pastikan anak murid kita dapat terus menjalani aktiviti di dalam bilik darjah walaupun ia tidak dapat dijalankan di luar bilik darjah.

"Untuk itu, kita biarkan pada pihak sekolah bersama PPD dan JPN untuk uruskan kerana saya percaya mereka mampu merancangnya dengan baik," katanya.

Beliau mengulas cadangan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) bahawa guru di sekolah terutama di dalam kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat disarankan lebih kreatif dalam pelaksanaan aktiviti menggantikan kokurikulum di luar bilik darjah.

Setiausaha Agungnya, Fouzi Singon, berkata pihak sekolah perlu memikirkan alternatif lain yang boleh dijalankan oleh guru dan murid dalam usaha mengelakkan daripada terdedah dengan risiko kesihatan akibat jerebu ketika ini.

Beliau turut mencadangkan pihak sekolah untuk mengaplikasikan semula aktiviti kokurikulum yang dilakukan semasa pandemik COVID-19 seperti seperti pertandingan melalui rakaman video atau YouTube, latihan penulisan dan aktiviti membuat buku skrap demi menjaga kesihatan warga sekolah terutama sekali para murid.

Sehingga pagi ini, lima kawasan di Port Dickson, Negeri Sembilan, Bukit Rambai dan Bandar Raya Melaka, Batu Pahat dan Tangkak di Johor masih mencatatkan IPU tidak menyihatkan dengan bacaan sekitar 100 hingga 153.

Terdahulu, Hui Ying berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang sempena majlis berkenaan, pertandingan bertujuan memperkasakan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid bukan Melayu yang bersekolah di SJKC dan SJKT di negara ini.

Sebanyak 28 sekolah seluruh Malaysia bertanding dalam kedua-dua kategori berkenaan, setiap negeri diwakili dua sekolah sama ada dari aliran SJKC atau SJKT.

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dinobatkan sebagai johan keseluruhan pertandingan itu diikuti Selangor dan Perak dalam pertanding yang berlangsung selama dua hari itu.

Turut hadir adalah Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Sekolah dan Kemenjadian Murid Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian, KPM, Ezaiddin Hussain dan Pengarah Pendidikan Negeri Perlis, Naharudeen Othman.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ktiviti-dalam-kelas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:19 AM GMT+8 , Processed in 0.523720 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list