|
Rozita Che Wan tak ramai kawan sebab nak circle yang kecil.
Katanya dia lebih selesa meluangkan masa bersama adik-beradiknya dan ahli keluarga tersayang.
Foto: IG
“Hubungan adik-beradik memang akrab sebab kita tak banyak kawan luar, hanya berkawan dengan adik-beradik. Susah senang kami dari kecil, hanya ada adik-beradik je.
“Macam sekarang, saya lebih suka keluar dengan adik-beradik stay dan lepak dengan mereka. Macam my mom pun memang duduk dengan saya.
Foto: IG
“Ayu je duduk jauh sedikit dengan kami, lain-lain semua duduk dekat KL. Bila weekend Ayu datang rumah, saya akan ajak semua makan-makan dan berkumpul.
“Sebab saya rasa bila dah berusia ni saya macam nak kecilkan circcle kawan. Tengok mana yang kawan makan kawan, kawan yang friend for benefit ke semua tu saya avoid,” katanya seperti dipetik di XTRA.
Sudah hampir dua dekad bergelar anak seni, Che Ta berkata dia mahu mendekatkan diri kepada Yang Maha Esa semenjak usianya meniti separuh abad.
Jelas Che Ta lagi, dia tidak mahu meninggalkan ibadat dan mahu melalui kehidupan yang tenang dan harmoni.
“Kalau tengok, saya dah jarang lepak dengan kawan. Sekarang kehidupan saya pergi mengaji, lepas Zohor baru pergi office dan balik.
“Sebelum Maghrib dah ada di rumah. Kehidupan saya sekarang ni kalau orang mungkin tak nampak saya dekat mana-mana, saya sebenarnya sangat tenang di rumah.
“Kita tua ni tak nak apa dah, nak kehidupan yang harmoni. Kalau boleh amal ibadat tak nak tinggal. Saya rasa bila duduk dekat rumah untuk pergi office, waktu solat tu kita dah tak lambat, kadang-kadang (dulu) tertinggal.
“Saya ada cakap dengan Zain saya happy sangat. Isteri Lan Pet Pet iaitu Rubi banyak dorong saya buat benda kebaikan. Saya suka lepak dengan dia, banyak ilmu agama belajar dan ada yang kita masih tak tahu atau tak ambil tahu, sekarang dah tahu.
“Bila umur macam ni, ketenangan kita banyak di rumah dan dengan adik-adik saja,” katanya lagi. -CARI
Sumber: XTRA
|
|