CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4104|Reply: 0

Pink Racing: Harith harap tuah lebih baik

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:29 PM | Show all posts |Read mode

HARITH mengharapkan jenteranya mampu kekal berada pada prestasi terbaik untuk meraih mata pada perlumbaan di Bandar Medini Iskandar minggu ini.

PELUMBA pasukan Tobaki Cilik Pink Racing Team (TCPRT), Harith Farhan Baharin berharap keputusan positif diraihkan sewaktu perlumbaan Kejuaraan Cub Prix Malaysia di Terengganu tempoh hari mampu meningkatkan semangat pasukannya.

Katanya, dia mengharapkan jentera lebih baik sewaktu pasukannya turun memberi tentangan menjelang saingan Pusingan 8 di Bandar Medini Iskandar, Iskandar Puteri, Johor minggu ini.

Anak jati Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu itu berkata, prestasi jentera Yamaha 150 yang dipacunya sewaktu di Terengganu menunjukkan peningkatan terbaik, namun mengakui terdapat beberapa pelarasan perlu diperkemaskan.

“Minggu ini kami akan turun ke litar baharu dan pasti ia akan memberi cabaran kepada pasukan kerdil seperti kami. Apapun, saya percaya pasukan saya mampu memberikan terbaik untuk memberi tentangan kepada pasukan lebih berpengalaman.

“Ketika ini, saya benar-benar bersemangat untuk memberikan sehabis baik terutama mencari peluang untuk menaiki podium. Saya harap dengan baki perlumbaan ini kami mampu memberikan yang terbaik.

“Kami tahu, biarpun jurang kami dengan pasukan yang telah bertapak lama dalam kategori perdana ini agak jauh, tetapi ia tidak boleh menjadikan satu alasan buat kami untuk mengalah sebagai pendatang baharu dalam saingan ini,” katanya.

Pada perlumbaan di Terengganu 23 September lalu, Harith menamatkan saingan tempat ke-12 sekali gus mengutip empat mata berharga.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... ap-tuah-lebih-baik/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:31 AM GMT+8 , Processed in 0.195348 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list