CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4665|Reply: 7

Namron Kecewa Filem Berkualiti Macam Walid Tak Laku Di Pawagam Malaysia!

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:20 PM | Show all posts |Read mode
Namron kecewa filem berkualiti seperti Walid kurang mendapat sambutan di pawagam tanah air.



"Dakwaan filem berkualiti kurang dapat sambutan di pawagam tempatan tetapi mendapat maklum balas positif di peringkat antarabangsa bukanlah perkara baru.


Foto: IG




"erkara itu berlaku sudah lama dan sejak dulu lagi. Dari dulu pun saya kecewa tetapi tidak pasti kenapa perkara itu berlaku?


"Saya juga cuba mencari sebabnya tetapi masih belum jumpa," katanya kepada Harian Metro.




  



Menurut Namron, filem dihasilkan menerusi dua faktor iaitu memenuhi kehendak penonton dan sebagai salah satu produk perniagaan.


"Kita juga mahu menghasilkan filem sebagai karya seni dan pada masa sama filem juga dianggap produk untuk perniagaan.


  



"Sudah pasti kita mahukan kedua-dua faktor itu bergerak sekali tetapi formula untuk menghasilkan filem seperti itu belum ada.


"Contohnya, filem yang pernah menang Anugerah Academy (Oscar) di Hollywood pun tidak dapat sambutan di pawagam. Antaranya, filem The Iron Lady (2011), The Wolfman (2010) dan Blade Runner 2049 (2017)," katanya.


Ditanya kekuatan filem Walid pula, kata Namron yang melakonkan watak Pak Ku berkata, babak aksi dan pertarungan dalam filem itu lebih 'real' dan meyakinkan orang.




  



"Banyak filem seni silat dihasilkan penerbit lain tetapi Walid membawa penonton lebih dekat selain isu pemerdagangan kanak-kanak diketengahkan.


"Fighting Scene' yang nampak 'real' dalam filem Walid antara faktor ia mendapat banyak permintaan untuk tayangan di luar negara," katanya.


Mengulas Syarat Wajib Tayang pula, kata Namron, filem Walid juga ditayangkan mengikut tempoh dua minggu seperti ditetapkan tetapi jumlah tayangan dikurangkan pada minggu kedua.




  



"Sebagai pelakon, saya juga faham perasaan Areel dan pihak produksi yang kecewa bila perkara itu berlaku kerana saya juga turun padang untuk sesi 'road tour' filem Walid di beberapa lokasi untuk mempromosikan filem itu kepada masyarakat.


"Sepatutnya, pihak panggung tidak mengurangkan jumlah tayangan pada minggu kedua kerana bukan tempoh sehari dua cukup untuk kita mempromosikan filem itu kepada orang ramai," katanya. -CARI


Sumber: harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa filem2 yg menang kt luar memang susah nak laku dalam negara. Art berat punya filem lah kata kan, or orang boleh jugak cakap filem syok sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku x tahu pun ada citerr ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Filem syok sendiri memang la tak laku
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Benci betul diorang ni. Kalau bab agama, ckp saya bersyukurrrr dilahirkan sebagai Islam, dilahirkan di Malaysia, negara yg tidak berperang.
Tapi bila bab filem, Hollywood this and Hollywood that. Eh babi, kau make up your mind Boleh tak??
Sekejap nak lega jadi Islam duduk Malaysia , sekejap nak jadi kapir duduk US. Ko ingat kalau kau lahir Islam tapi duduk US, kau dpt mendonia??? Lambertttttt Lamberttttt Lamberton lagiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 10:31 AM | Show all posts
Macam kurang promosi. Dah masuk panggung baru nak buat road tour.
Patutnya awal-awal dah panggil semua influencer, youtuber, tiktokers yang memang content review filem untuk buat review dan hebahan.

BBNU sekarang lebih percaya cakap influencer dari cakap artis macam Namrom. Lainlah dalam filem tu ada Kapla, Jobling, Merqeen, Hun etc.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2023 09:35 AM | Show all posts
cerita pasal gaduh-gaduh kan

aku malas nak tengok, serabut
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
geng depa ni kena letak la jugak sorang dua pelakon popular nak bagi laku. gitu aku buat palatao.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.258805 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list