CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1955|Reply: 0

[Johor] Polis rakam percakapan dua beradik mangsa dera

[Copy link]
Post time 4-10-2023 04:02 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN.

Muar: Polis sudah merakamkan percakapan dua beradik mangsa dera ibu kandung dan teman lelaki untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhlis Azman Aziz, berkata siasatan lanjut masih dijalankan dengan kertas pendakwaan akan dimajukan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

"Kita masih menjalankan siasatan termasuk merakam percakapan kedua-dua mangsa untuk melengkapkan siasatan.

"Buat masa ini, kedua-dua mangsa berusia lima dan enam tahun itu masih dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di bawah jagaan bapa kandung selepas lebam di badan, pinggul dan juga betis," katanya ketika dihubungi hari ini.

Khamis lalu, ibu kandung dan teman lelakinya masing-masing berusia 36 dan 38 tahun ditahan susulan laporan polis dibuat bapa kandung yang mendakwa dua anak perempuannya didera menggunakan rotan.

Kejadian berlaku antara 16 hingga 26 September lalu disyaki didalangi ibu mangsa dan teman lelakinya di sebuah rumah di Jalan Meriam, di sini.

Kedua-dua suspek ditahan pada jam 2.30 petang, 29 September lalu.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... beradik-mangsa-dera

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.866689 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list