CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5833|Reply: 41

[Tempatan] Perodua D66B, Proton S50 bakal jadi tumpuan pembeli

[Copy link]
Post time 4-10-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Perodua D66B, Proton S50 bakal jadi tumpuan pembeli

https://www.bharian.com.my/bisne ... adi-tumpuan-pembeli

Oleh Hazwan Faisal Mohamad - Oktober 4, 2023 @ 1:47pm
[email protected]


Lakaran model Perodua D66B yang dijangka akan diperkenalkan tahun depan.

KUALA LUMPUR: Model Perodua D66B, Proton S50 serba baharu dan smart, iaitu model kenderaan elektrik bateri (BEV) yang bakal dibawa oleh PROTON dijangka diperkenalkan ke pasaran tempatan dalam tempoh yang terdekat ini, demikian menurut Kenanga Investment Bank.

Penganalisisnya, Wan Mustaqim Wan Ab Aziz, berkata model-model PERODUA dan PROTON terus mendapat sambutan, dengan harga yang kompetitif berbanding dengan jenama-jenama bukan nasional.

"Mereka juga menawarkan ciri-ciri teknologi yang dipertingkatkan seperti speedometer digital, enjin cekap bahan api dan kotak gear responsif tinggi serta ciri-ciri keselamatan seperti bantuan brek automatik dan empat hingga enam beg udara," katanya dalam satu nota penyelidikan.

Beliau berkata, PERODUA terus mendahului dalam perlumbaan model baharu dengan pelancaran Perodua Axia serba baharu tahun ini dengan antara ciri yang dipertingkatkan seperti meter kelajuan digital dan bantuan brek kecemasan.

Katanya, ia diikuti oleh dua lagi model dipertingkatkan tahun ini, dan satu model baharu pada awal tahun depan iaitu Perodua D66B dalam segmen B.

"PROTON baru-baru ini melancarkan kenderaan elektrik hibrid ringan (MHEV) pertama untuk jenama tempatan, Proton X90 serba baharu, dan merancang untuk melancarkan Proton S50 serba baharu (sedan segmen C) dan smart (BEV) menjelang akhir tahun, selain lima model dipertingkatkan, semuanya dalam tahun ini.

Mengulas lanjut, Wan Mustaqim berkata, pihaknya mengekalkan unjuran jumlah keseluruhan industri (TIV) bagi tahun ini sebanyak 720,000 unit, yang mana akan sepadan dengan tahap rekod yang dicapai pada 2022 dan selaras dengan 725,000 unit yang diunjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA).


Gambaran Proton S50 serba baharu yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

"Kami mengunjurkan TIV pada 2024 sebanyak 710,000 unit, yang kurang sedikit berbanding tahun sebelumnya kerana (jangkaan) pengenalan subsidi bahan api bersasar.

"Kami percaya kereta baharu masih menjadi perhatian bagi kebanyakan isi rumah Malaysia walaupun inflasi yang tinggi dan ekonomi global yang perlahan.

"Kami kini melihat peluang yang lebih besar dalam segmen yang berpatutan kerana ia akan kurang terjejas oleh pengenalan subsidi bahan api yang disasarkan yang mungkin menjejaskan permintaan untuk kenderaan pasaran pertengahan kerana ia akan mengikis kuasa perbelanjaan kumpulan M40," katanya.

Beliau berkata, keyakinan itu disokong oleh keyakinan pengguna yang kukuh disokong oleh ekonomi yang stabil dan pasaran pekerjaan yang sihat, harga kenderaan bermotor yang mampu milik disokong oleh harga kereta baharu yang stabil susulan penangguhan peraturan duti eksais baharu.

Katanya, ia juga didorong oleh dan kos sewa beli yang berpotensi lebih murah dengan pengenalan kaedah pengurangan baki dalam pengiraan caj faedah serta model baharu yang menarik.

"Keterlihatan pendapatan industri masih kukuh, disokong oleh tunggakan tempahan sebanyak 235,000 unit, yang mana penghantaran akan berlanjutan sehingga ke tahun 2024.

"Lebih separuh daripada tunggakan adalah dari pelancaran model baharu dan kami menjangkakan akan melihat trend serupa sepanjang tahun. Sementara itu, keterujaan dapat dilihat dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dengan pelancaran baharu BYD Seal dan Tesla Model 3 baru-baru ini," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
No takers?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
D66B bkn ativa ka?
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 08:41 AM | Show all posts
s50 ni letak ev terus je aaaa.  jual bawak 80k.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 5-10-2023 08:36 AM
D66B bkn ativa ka?

bukan. model ni based yaris cross
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 08:59 AM From the mobile phone | Show all posts
huJanBaTu replied at 5-10-2023 08:51 AM
bukan. model ni based yaris cross

Oh, mcm best jahh.. harap cc besaq tak mcm ativa la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2023 11:37 AM | Show all posts
Aku tunggu replacement Perdana ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:13 PM | Show all posts
Di mata I nampak macam Corolla Cross.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2023 12:45 PM | Show all posts

lain lah... rasa d66b ni copy ori yaris cross
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 12:46 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 5-10-2023 08:59 AM
Oh, mcm best jahh.. harap cc besaq tak mcm ativa la

ativa ada turbo der.. lagi power minyak jimat. apo dahhh..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:02 PM | Show all posts

ativa D55L


Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:07 PM | Show all posts
sekali imbas nmpk cross
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
rosa_canina replied at 5-10-2023 01:07 PM
sekali imbas nmpk cross

Kan.. mcm toyota cross la....
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2023 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik jugak perodua tu kalau ev pun best. Tesla hq pun dah buka kat cyber ada charging port.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 5-10-2023 12:45 PM
lain lah... rasa d66b ni copy ori yaris cross

Oh ni copy yaris cross ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
pittjie replied at 5-10-2023 01:02 PM
ativa D55L

Oh.. nampak lebey kurang sama nombornya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2023 04:12 AM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 5-10-2023 12:46 PM
ativa ada turbo der.. lagi power minyak jimat. apo dahhh..

Nak cc besaq utk jln jauh.. bkn pasai pawer ke dak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-10-2023 04:12 AM
Nak cc besaq utk jln jauh.. bkn pasai pawer ke dak..

Kereta zaman skrg cc kecik aje. Nak kereta 2000 cc ke atas ke? Sedangkan x90 gedabak tu pun enjin 1.5 aje. Nak cc besar kena cari kereta segment lain, contohnya toyota camry.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Tinot7 replied at 6-10-2023 04:12 AM
Nak cc besaq utk jln jauh.. bkn pasai pawer ke dak..

1.0 Turbo pun boleh je jalan jauh..takde masalah lah..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2023 06:55 AM | Show all posts
Tumpuan pembeli sebab lebih murah dan di beri kasih sayang lebih dari kerajaan walaupun sekarang ni hampir milik asing
(Zhejiang Geely Holding Group buy a 49.9% stake in Proton Cars.)
Perodua's shareholders currently include the UMW Corporation (38%), Daihatsu Motor Co. (20%), Daihatsu (Malaysia) (5%), MBM Resources (20%), PNB Equity Resource Corporation (10%), Mitsui & Co. (4.2%) and Mitsui & Co.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.266456 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list