CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3867|Reply: 11

Lah Ahmad Risau Besarkan Anak Remaja Perempuan, "Tak Nak Dia Belajar Perkara Aneh Daripada Kawan-Kawan"

[Copy link]
Post time 3-10-2023 05:07 PM | Show all posts |Read mode
Lah Ahmad bimbang membesarkan anak remaja perempuan, Amirah kini berusia 14 tahun.


Katanya aspek utama dalam membesarkan anak remaja adalah dari segi berkomunikasi antara ibu bapa.


Foto: IG




“Anak remaja ni dia nak ada rentak dan bentuk sendiri, kadang-kadang bila dia ada masalah sebagai bapa kita step-in bimbing dia.


“Lebih-lebih lagi apabila dia lost, masih figuring out. Saya dan isteri tak halang anak untuk buat apa dia nak.


“Kalau ada perkara yang tak boleh dilakukan, kita akan tegur dan beri penjelasan. Saya sokong anak saya dalam setiap perkara melalui cara yang baik,” katanya seperti dipetik di XTRA.


  



Lah tidak mahu anaknya mempelajari perkara aneh daripada rakan-rakan, sebaliknya memikul tanggungjawab untuk menjelaskan pelbagai perkara meskipun berkaitan hal kewanitaan.


“Awal-awal anak saya nak ada phone pun saya cakap media sosial ni macam mana. Bila kita post apa yang kita dipertanggungjawabkan dengan setiap post itu.




  



“Kadang-kadang mak bapak ada yang tak suka bercakap dengan anak-anak jadi mereka terpaksa belajar dari kawan-kawan.


“Saya kalau boleh nak anak saya perempuan ni bercakap masalah dia. Dia malu macam mana pun kena bercakap juga untuk elak dia belajar daripada orang luar.


  



“Supaya anak tak rasa kekok, dia tahu bawak diri. Paling utama dalam sebuah keluarga tu adalah pergaulan antara anak dan ibu bapa, baru bila mereka keluar rumah insya-Allah perangainya elok."


Sekadar info, Lah dan isteri Yasrina Yusoff mempunyai tiga cahaya mata, Amirah, 14, Adam, 12, yang disahkan menghidap ‘mild Autism’, serta Azim, 9. -CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 11:31 PM From the mobile phone | Show all posts
lahai aku mati2 ingat dia tak kawen lagi
besar dah anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:54 AM | Show all posts
hensem nya dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak Dara dia bukan jenis Marisa tu. Jenis dia dgn wife jenis xgile sosmed. Nampak parents yg berjenis. Mmg behave la anaknya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak paham je Lah...mmg cabaran sungguh nk jaga anak2 pompuan zmn skang
Dgn pengaruh tiktok la,insta la etc etc
Sbb tu dulu ada duda anak 2 ajak kawen pun akak malas sbb kowser aihh nk kene jaga anak2 tiri umur2 tgh nak membesar ni...ingat senang ke nak kontrol diorg....kalo jd apa2 kang, kita yg disalahkan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak penah nampak famili dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2023 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-10-2023 09:00 AM
Akak paham je Lah...mmg cabaran sungguh nk jaga anak2 pompuan zmn skang
Dgn pengaruh tiktok la,insta ...

Betul sebenarnya fasa paling susah besarkan anak masa depa remaja ni laa
Mak2 baru beranak maybe rasa baby susah nk jaga tp sebenarnya masa baby lebih mudah sbb kita masih bleh kawal dia.Cuma penat fizikal sbb baby byk menda tak reti buat semua kita kena buatkan.
Anak remaja plak kita dh tak penat fizikal sgt dah sbb dorang dh reti uruskan diri tp mental kita sangat penat memikirkan mcm2.
Masa ni anak fikir kita ni musuh dia semua menda takleh la, jiwa dorang asik memberontak je anggap mak pak tak faham kehendak depa.

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:27 AM | Show all posts
Betul la tu dek Lah... Ni memang luahan hati mak apak yang normal. Anak pompuan ke laki ke gitulah.

Dia kadang datang risau gundah gulana kat anak tu tak kira masa dan tempat. Kot kat rumah boleh la menadah tangan, mangkit solat ke... kot tgh meeting ke drive ke, al-fatihah dan doalah yang dapat dikirim.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2023 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Memang susah nak didik anak remaja di zaman moden ni, iols ajar anak dari kecik jgn sesekali mencarut @ cakap kotor, tapi bila dah besar dia kata agak stress juga, kawan2 kelas dia semua mencarut dan bergurau lucah pasal mak bapak pun ada, dia sorang je tak mencarut so dia yg jadi budak pelik kat situ. Ntah la.. iols tak tau nak nasihat apa.. mampu nasihatkan dia sabar je.. kalau kawan mencarut senyum dan gelak jela, jgn asingkan diri pulak, kalau tak mmg takde kawan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 4-10-2023 09:22 AM
Betul sebenarnya fasa paling susah besarkan anak masa depa remaja ni laa
Mak2 baru beranak maybe r ...

Iya..sbb tu iols rejek jah duda tu
Sbb mmg x sanggup nk jaga anak2 tiri....unless la depa dh masuk kolej ke umur 18 ke atas ke..x kisah la kan..tp kalo umur tgh nak membesar ni, if jadi bende buruk kt depa ke, kita gak dipersalahkan
Padahal kita ni dh penat kasi nasihat bagai
Nak kawal mcm mana lg kan..kang aku kurung dlm kandang kang kata aku dera lak
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 10:16 AM | Show all posts
cmf_premierleag replied at 4-10-2023 09:55 AM
Iya..sbb tu iols rejek jah duda tu
Sbb mmg x sanggup nk jaga anak2 tiri....unless la depa dh masuk ...

kawan opis aku bujang kawen duda kematian bini anak 3. masa kawen umo 11, 7, 5 anaknya. 4-5 tahun pertama tu memang struggle...bak kata orang tade beban batu digalas.. ye lah kat opis dia lead 7 - 8 org auditors sebelah mata, kat rumah dapat anak2 tiri yang sifir 4 pun tak berapa nak lepas. takkan nak bagi showcouse letter kat apak eh kan


aku selalu la cakap, anak2 ni kadang2 kita yang lahirkan, kdg2 orang lahirkan untuk kita... nak remind dia, dulu kau pilih kawen duda tu sebab takut tak sempat beranak. apapun, alhamdulillah 2 tahun MCO memang mengeratkan hubungan keluarga ni. sekarang dah kurang merempan dah. Mungkin juga sebab anak2 dah dihantar asrama/kolej belaka

Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
ketupatnasi replied at 4-10-2023 10:16 AM
kawan opis aku bujang kawen duda kematian bini anak 3. masa kawen umo 11, 7, 5 anaknya. 4-5 tahun  ...

Ya la kan..takkan nk send showcause letter to her hasben lak kan..so kene la byk2 bersabar dgn perangai budak2 tgh membesar
Nk marah, karang dikata dera la bagai
Eiii mmg aku x sanggup la
Nasib baik la laki aku ni bujang gak...so senang..no baggage
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 06:58 AM GMT+8 , Processed in 0.116806 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list