CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3410|Reply: 0

[Johor] Graduan maut digilis lori

[Copy link]
Post time 3-10-2023 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Bakal graduan UMPSA, Allahyarham Asniza (gambar kecil) maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Laboh, Banang Jaya, pagi tadi. - NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Graduan Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA) maut dalam kemalangan di Jalan Tanjung Laboh, Banang Jaya, di sini, 8.35 pagi tadi.

Asniza bt Adek@che Ahmad, lulusan kejuruteraan pembuatan, dijadual menghadiri konvokesyen pada 22 Oktober ini di UMPSA, mati tempat kejadian selepas digilis lori.

Ibu mangsa, Siti Yuana Janamin, 44, berkata anak sulung daripada empat beradik itu menunggang motosikal dari rumah di Sri Merlong, Rengit ke tempat kerja di bandar ini.

"Saya tak dapat rasa puas. Pertemuan kami dengan arwah terlalu singkat. Sejak di bangku sekolah menengah, arwah sentiasa berjauhan kerana dia menetap di asrama, sebelum menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Tangkak dan terakhir di UMPSA.



"Itulah yang membuatkan saya amat sedih apabila dikhabarkan dia sudah meninggalkan kami. Sedih kerana banyak kenangan kami bersama tapi saya perlu reda Allah lebih menyayanginya.

"Aku tak kuat. Aku tak sanggup ya Allah. Macam mana aku nak hadapi semua ini," katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI).

Siti Yuana berkata, arwah seorang yang rajin, kental dan berdikari kerana akan mencari apa jua pekerjaan untuk menampung perbelanjaan harian.

Adik mangsa, Admira, 23, berkata, pagi tadi kakaknya keluar rumah agak lewat kerana hujan.

"Kami beria-ria mahu menghadiri konvokesyen arwah di UMPSA. Arwah dah siap semua baju untuk dipakai nanti.

"Arwah kakak juga bekas Palapes Tentera Udara Diraja Malaysia yang baru tamat latihan bulan lalu. Dia cukup bangga dengan kejayaan dikecapi, walaupun berdepan pelbagai cabaran," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... n-maut-digilis-lori

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047513 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list