CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7675|Reply: 114

Dua Wanita, Anak Lelaki Dan Cucu Dikhuatiri Hilang Ketika Bercuti Di Pulau Perhentian

[Copy link]
Post time 3-10-2023 01:09 PM | Show all posts |Read mode
BESUT – Dua wanita, anak lelaki dan cucunya dikhuatiri hilang setelah gagal dihubungi sewaktu bercuti di Pulau Perhentian di sini pada hujung minggu lalu.


Suraidah Abdul Ghani, 52, dari Kluang, Johor dan ahli keluarga yang sepatutnya keluar dari pulau peranginan tersebut semalam.


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohamad berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan berhubung dakwaan tersebut.


Foto: Kosmo




“Kami sedang melakukan pengesahan (dakwaan kehilangan) dan siasatan sudah dilakukan.


“Butiran lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.


Terdahulu tular di media sosial tentang kerisauan ahli keluarga Suraidah setelah tiada berita tentang wanita itu, anaknya, Mohamad Aiman Mohd. Rafee, 21 serta dua cucunya, Sasa Alesha, 7, dan Ahmad Dhani, Mohd. Saiful, 4, sejak Sabtu lalu.


Mereka dikatakan tiba di daerah ini dari Kluang dengan menaiki kereta Proton Saga berwarna biru pada Jumaat lalu. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 01:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih tgk video anak dia melambai dr dlm kereta tu, sebut jgn risau

Menda paling menakutkan nk lepaskan anak jln2 or bercuti ngn family tanpa kita ikut sekali.

Sedangkan anak  ikut nenek dia g kedai kejap pun dah risau takut jd apa2.
Inikan plak bercuti sampai ke pulau perhentian.
Semoga ditemukan dengan selamat la, tgk fb story si ayah kata dah ada petunjuk.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 01:47 PM | Show all posts
Moga semua selamat …
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 01:51 PM | Show all posts
aku pun follow rapat fb ah pek tu... ya Allah permudahkan lah urusan mereka..
sedih la tgk lambaian kanak2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jejarihalus at 3-10-2023 02:09 PM

Ya Allah kau permudahkan segala urusan... Sayu sgt tengok anak2 duk melambai lambai... Ayah jangan2 sedih2 taw...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:10 PM | Show all posts
risau takut jadi macam kes tahun lepas..ayah nya dikatakan hilang dalam perjalanan dari kemaman ke pasir gudang.. upanya dah meniggal dalam gaung sebab kereta terbabas kat jalan jemaluang kota tinggi..moga dijauhkan kan dari segala bencana inshaAllah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2023 02:12 PM | Show all posts
Semoga mereka selamat
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaien replied at 3-10-2023 01:51 AM
aku pun follow rapat fb ah pek tu... ya Allah permudahkan lah urusan mereka..
sedih la tgk lambaian  ...

Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un. Moga dipermudahkan segala urusan keluarga ini, Aamiin.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 02:16 PM | Show all posts
terkejut gak baca smlm. ingatkan kes laki bini ke bawak lari anak. rupanyaa bercuti ngan neneknyaa.. semoga jumpa laa. teringat anak sendiri. kecik lagi budak2 nyaa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun follow kisah ni malam tadi
Tapi tak banyak info lagi
Semoga jumpa dengan cepat
Nak tau kenapa tak dapat dihubungi
Adoi mak2 pun janganlah lepas anak2 kecik cmtu kat nenek bawak jalan jauh..pulau plak tu
Semoga selamat jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:23 PM | Show all posts
dah jumpa ke lum?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
epullipan replied at 3-10-2023 02:10 PM
risau takut jadi macam kes tahun lepas..ayah nya dikatakan hilang dalam perjalanan dari kemaman ke p ...

Tu la..tkt mcm ni je...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:32 PM | Show all posts
Edited by sagiman91 at 3-10-2023 02:33 PM

mak pak budak tu bukan lepaskan kat nenek dia je. kan pak sedara dia yg dewasa ada sekali tuh.

diaorg dah keluar dari pulau dan kereta dah takder kat tempat parking...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 3-10-2023 02:23 AM
Aku pun follow kisah ni malam tadi
Tapi tak banyak info lagi
Semoga jumpa dengan cepat

Orang bot kata henpon mereka rosak kena air masa buat aktiviti snorkeling.

Ada rakaman cctv tunjuk kereta mereka skrg dah ada kat Kluang, on d'way balik rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:34 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 3-10-2023 02:32 PM
Orang bot kata henpon mereka rosak kena air masa buat aktiviti snorkeling.

Ada rakaman cctv tunj ...

where to watch?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
sagiman91 replied at 3-10-2023 02:34 AM
where to watch?

Masuk FB bawah ni, baca komen terkini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2023 02:39 PM | Show all posts
jauhnyaaaa.. kluang ke besut ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
naina replied at 3-10-2023 02:23 PM
Aku pun follow kisah ni malam tadi
Tapi tak banyak info lagi
Semoga jumpa dengan cepat

Kadang kita tanak pun bg tp nenek beria2 ajak tambah plak bebudak tu sndiri gaknya nk gi sangat.
Mcm iols aritu balik kg, petang tu mil nk g umah mak sedara kt kg sebelah je.Anak iols beria nk ikut sbb sepupu aka bff dia pun g jugak.Bapak budak tu ada sekali la.
Iols tak dpt nk ikut sbb dorang naik satu kenderaan je,tak muat keta ada adik ipar yg bujang juga ikut.
Susah juga hati takut jd apa2 tawakal je harap ke mak2 sedara peratikan la bebetul.
Iols kadang risau tiap kali blk kg mesti ada je yg nk bawa anak iols g kedai la, nak ajk g sana sini laa
Kita ni risau tak percaya sgt kat org lain selalu rasa org lain tu mudah cuai dan tak pandai jaga anak iols.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:51 PM | Show all posts
Kangkung1M replied at 3-10-2023 02:38 PM
Masuk FB bawah ni, baca komen terkini.

Alhamdulilah dah jumpa kan.. masalahnya nenek nye pon cepat2 la balik dah tau lost contact ngan family. ni boleh berjalan lagi sana sini smpai 2 3 hari. apoooooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2023 02:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 3-10-2023 02:45 PM
Kadang kita tanak pun bg tp nenek beria2 ajak tambah plak bebudak tu sndiri gaknya nk gi sangat.
M ...

Kan.. kdg2 kita berat hati nk bg tp mil duk ajak2 budak2 ni kalau dh org ajak pastu janji nk beli itu ini mmg merengek lah nk ikut. Klau tak bg belakang ckp mcm2 plak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.415012 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list