CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 782|Reply: 0

Tesla Model 3 ‘Highland’ bakal tiba di M’sia bulan ini

[Copy link]
Post time 3-10-2023 01:04 PM | Show all posts |Read mode


Ketika pelancaran Ibu Pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya hari ini, turut didedahkan bahawa unit terawal bagi Tesla Model 3 ‘Highland’ facelift akan tiba di Malaysia dalam bulan ini, dengan serahan kepada pelanggan akan dimulakan pada penghujung tahun 2023 nanti.

Model 3 yang diperbaharui itu merupakan model kedua Tesla yang ditawarkan untuk pasaran tempatan selepas mula diumumkan bulan lalu, dan bakal didatangkan dalam dua versi. Pilihan paling asas untuk pasaran tempatan bermula dengan harga RM189,000, sementara versi Dual Motor All-Wheel Drive dijual dengan harga RM218,000. Spesifikasi untuk setiap satu adalah seperti berikut:




Tesla Model 3 Rear-Wheel Drive
Pecutan 0-100 km/h: 6.1 saat
Laju maksimum: 201 km/h
Jarak (WLTP): 513 km

Tesla Model 3 Dual Motor All-Wheel Drive
Pecutan 0-100 km/h: 4.4 saat
Laju maksimum: 201 km/h
Jarak (WLTP): 629 km



Selepas memilih sistem janaan, terdapat beberapa lagi pilihan yang boleh ditambah untuk Model 3. Antaranya ialah:

Warna luaran
Pearl White Multi-Coat: Termasuk
Solid Black: RM5,000
Deep Blue Metallic: RM5,000
Stealth Grey: RM7,500
Ultra Red: RM11,000

Rim
Rim 18-inci Photon: Termasuk
Rim 19-inci Nova: RM7,500

Warna dalaman
Hitam: Termasuk
Hitam dan putih: RM5,000







Sistem bantuan pemandu
Enhanced Autopilot (dikendalikan dengan Autopilot, Auto Lane Change): RM16,000
Kemampuan pemanduan sendiri sepenuhnya (terdiri daripada semua fungsi Basic Autopilot dan Enhanced Autopilot): RM32,000


Perlu dinyatakan, serahan kepada pelanggan bagi Model 3 akan dilakukan terlebih dahulu sebelum Model Y, walaupun Model Y yang diperkenalkan dahulu untuk pasaran Malaysia pada Julai lalu. Serahan untuk Model Y pula dijangka akan dilakukan pada awal tahun 2024.

https://paultan.org/2023/10/02/t ... -di-msia-bulan-ini/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 12:50 AM GMT+8 , Processed in 0.069991 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list