CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1573|Reply: 0

Rasa Teraniaya Peniaga Tetak Sampai Kudung, Wanita Menangis Hanya Sebab Kaki Ayam!

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu berkongsi pengalaman membeli kaki ayam di sebuah pasar yang tidak dinyatakan lokasi.


Walaupun pernah dikecewakan kerana penjual berkenaan memotong jari kaki, namun wanita dikenali sebagai Jijah itu tidak serik mendapatkan stok bahagian ayam berkenaan daripada premisnya.


Foto: Facebook




"Saya beli ayam dekat tempat pakcik yang potong jari kaki ayam sampai habis tu. Saya malas nak pergi tempat lain atau beli dekat pasar raya lain.


"akcik tu memang jenis tangan dia dah terbiasa laju je tetak kaki ayam buang semua jari. Tapi tadi saya pesan awal dekat pakcik, saya cakap tak payah potong kukunya.


"akcik tu pun gelak lepas tu angguk. Sekali waktu dia potong tu, laju je dia tetak jari kaki ayam saya. Pakcik tu terlupa pesanan saya," katanya.


Menyedari perkara itu, peniaga berkenaan segera meminta maaf.


"Terus pakcik tu cakap Ya Allah pakcik lupa. Pakcik dah biasa memang buang semua jari.


"Nah pakcik ganti kaki ayam lain, ada jari. Tengok la pakcik tu bagi saya lebih kaki ayam. Sekarang kaki ayam saya dah ada jari.


"Sungguh, haritu saya memang betul-betul sedih menangis tengok kaki ayam saya. Sebab tekak mengidam nak masak kaki ayam tu dalam tomyam. Akhirnya saya tak masukkan pun kaki ayam tu," ujarnya.


Sebelum ini Jijah berkongsi kekecewaannya apabila kaki ayam yang dibeli 'kudung' selepas peniaga berkenaan memotongnya.


"Ya Allah, saya tak reda. Jari kaki ayam saya tak ada. Tapak pun ada sipi sipi je.


"Saya terasa dianiaya. Sampai hati pakcik tu pergi potong jari kaki ayam saya. Siapa yang tengah ada masalah tu,datang sini saya doakan anda.


"Saya teraniaya. Doa orang teraniaya ni termakbul. Pilu saya tengok kaki ayam," katanya.


Hantaran dibuat meraih perhatian netizen yang turut terhibur dan bersimpati dengan apa yang dikongsikan Jijah.


"Kudung terus (kaki ayam). Walaupun saya tak makan kaki ayam.


"atutlah menangis. Pakcik tu potong jari ayam. Bukan potong kuku je," komen netizen. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Sindiket kewangan 'cuci' guna selebriti
BicaraHatikuSindiket kewangan 'cuci' guna se
Views : 25340 Replies : 134
Pendapatan merosot dan deposit rumah sewa mencecah RM5ribu di JB,Suami Isteri Pilih Duduk Dalam Kereta & Hidup Berpindah-Randah
YgBenarPendapatan merosot dan deposit rumah sew
Views : 18760 Replies : 25
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 142756 Replies : 1513
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 192009 Replies : 7049
Boyfriend Ameera khan minum arak?
RalineBoyfriend Ameera khan minum arak?
Views : 24172 Replies : 15
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 112803 Replies : 4942
KERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fans FATTAH AMIN menuduh family fazura gunakan MAK ESAH terhadap fattah dan tuduhan kematian TRAGIS ayah Fazura
FORUMCARIIIKERANA TAKSUB: Tersebar GROUP PRIVATE fa
Views : 16666 Replies : 339
Bengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak orang yang kutuk jumpa face to face
RalineBengang Thalita kena kutuk, Shuib ajak o
Views : 31311 Replies : 43
Zara disusukan oleh saudara sebelah Dato Ramli MS.
paulizaZara disusukan oleh saudara sebelah Dato
Views : 15474 Replies : 22
Wanita bertudung tak nak lelaki bujang, suka pilih suami orang-senang sebab jumpa bila free je
RalineWanita bertudung tak nak lelaki bujang,
Views : 29033 Replies : 8

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.144735 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list