CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 512|Reply: 0

Harimau Malaya sedia 'terkam' semua lawan di Pestabola Merdeka

[Copy link]
Post time 3-10-2023 12:27 PM | Show all posts |Read mode
Harimau Malaya sedia 'terkam' semua lawan di Pestabola Merdeka


PAN Gon percaya, barisan pemainnya turut menyimpan aspirasi sama dengan masing-masing terlalu dahagakan kejayaan. FOTO Ihsan Persatuan Bolasepak Malaysia


Kuala Lumpur: Pengendali skuad Harimau Malaya, Kim Pan-gon melontarkan amaran buat semua pesaing dalam Pestabola Merdeka betapa anak buahnya sedia 'membunuh' setiap lawan yang bakal ditemui nanti.

Jelas Pan-gon, beraksi di hadapan ribuan penonton sendiri di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) bakal memberi kelebihan buat skuad kendaliannya dan beliau mahu ia dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Malah jurulatih dari Korea Selatan itu percaya, barisan pemainnya turut menyimpan aspirasi sama dengan masing-masing terlalu dahagakan kejayaan dengan cuba memenangi saingan empat penjuru itu nanti.

"Ia satu detik istimewa dan saya bangga kerana dapat peluang untuk mengendali perlawanan Pestabola Merdeka sejurus menjadikan pertarungan ini sebagai persediaan buat Harimau Malaya beraksi dengan baik pada Kelayakan Piala Dunia Fifa 2026/Kelayakan Piala Asia 2027 November ini.

"Saya akan meneruskan harapan untuk 'membunuh' semua pasukan pelawat yang menjadi saingan buat Harimau Malaya terutama apabila mereka bertandang ke SNBJ.

"Saya nampak skuad saya mempunyai satu peluang besar dalam menjuarai perlawanan ini dan saya juga ingin berterima kasih kepada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana menganjurkan Pestabola Merdeka ini," katanya.

Pada aksi antarabangsa bertaraf Tier 1 itu nanti, Malaysia yang berasa di kedudukan 134 ranking Fifa bakal membuka kempen menentang pasukan di tangga 102 dunia, India pada 13 Oktober ini di SNBJ.

Jika menang, pasukan negara akan meneruskan aksi bertemu pemenang antara Palestin (97 dunia) atau Tajikistan (110 dunia) di peringkat akhir pada 17 Oktober nanti.

Mengulas lanjut, Pan-gon akui pemainnya sudah bersedia untuk berdepan dengan mana-mana pasukan termasuk yang menghuni kedudukan 100 terbaik dunia.

"Mahu tidak mahu, kita tetap akan berdepan dengan pasukan di ranking 100 ke atas dunia. Kita sudah bersedia dan akan cuba berikan tentangan bermakna," katanya.

Sebelum ini, pada jendela perlawanan antarabangsa bulan lalu menyaksikan skuad Harimau Malaya hampir membuat kejutan ke atas dua pasukan di ranking 100 dunia apabila mengikat Syria dan China, di Chengdu.

Dalam aksi terbabit, Malaysia mengikat Syria (93 dunia) dengan 2-2 manakala China (80 dunia) 1-1, sekali gus menyaksikan ranking negara naik dua anak tangga daripada kedudukan 136 sebelum itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... i-pestabola-merdeka

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 1.036530 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list