CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 525|Reply: 0

Tommy akui tugas getir di Bali

[Copy link]
Post time 3-10-2023 10:52 AM | Show all posts |Read mode

TOMISLAV Steinbruckner. FOTO GHAZALI KORI

Kuala Terengganu: Cabaran berliku bakal menanti Terengganu FC (TFC) yang berkunjung ke Indonesia menentang kelab Bali United pada aksi kedua saingan Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia), Rabu ini.

Bagaimanapun pengendali skuad itu, Tomislav Steinbruckner tetap mahukan keputusan positif bagi mengintai kedudukan teratas dalam Kumpulan G selepas kini menghuni di tangga kedua di belakang kelab Indonesia itu dengan berkongsi tiga mata.

Tambah pengendali kelahiran Croatia itu, momentum kemenangan 1-0 pada aksi pertama berdepan kelab Australia, Central Coast Mariners di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak diharapkan dapat diteruskan dalam perlawanan kedua yang bakal berlangsung di Stadium Kapten 1 Wayan Dipta Gianyar, Bali.

"Kami mahu keputusan yang positif berdepan kelab dari Indonesia itu walaupun sedar ianya bukan tugas mudah lebih-lebih lagi beraksi di tempat lawan.

"Kami juga harapkan pemain lebih fokus bermula pada minit awal perlawanan lagi sehingga tiupan wisel penamat sebagaimana diperagakan pemain ketika berdepan kelab Australia pada 20 September lalu.

"Lagipun kita tahu kelab berkenaan menang bergaya 5-2 menumpaskan kelab Filipina, Stallion Laguna FC pada aksi pertama di tempat lawan, malah melalui tontonan video, pasukan itu bagus, jadi kita perlu bersedia dan berwaspada," katanya.

"Bagaimanapun saya tetap mahukan keputusan yang positif, kita sudah merangka strategi terbaik berdepan pasukan itu, harap pemain dapat mengulangi kemenangan dan seterusnya memimpin peringkat kumpulan," kata bekas Pengarah Teknikal Terengganu Football Club musim lalu itu.

Ketika ditanya barisan kemungkinannya, jurulatih yang lebih mesra dipanggil 'Tommy' itu akan meneliti tahap kecergasan pemainnya selepas beberapa tonggak sebelum ini mengalami kecederaan termasuk pemain sayap lincah, Sony Norde.

"Sudah pasti setiap perlawanan saya mahu menurunkan kesebelasan terbaik, namun kebimbangan kini mengenai tahap kecergasan mereka selepas dihantui kecederaan sebelum ini, jadi saya akan lihat siapa yang bersedia sebelum disenaraikan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... tugas-getir-di-bali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 1.317507 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list