CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23013|Reply: 169

noraniza idris nk kawin jun depan ke?

  [Copy link]
Post time 13-1-2011 07:53 AM | Show all posts |Read mode
salam semo...sape2 ade brita ttg kak ani ni tlg tepek.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 07:57 AM | Show all posts
Mana ceritanya...dr sumber mana nih!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-1-2011 08:00 AM | Show all posts
tgok dlm utusan kt kedai td...xsmpat nk baca...bukak y online xdok lak..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:07 AM | Show all posts

NORANIZA Idris bersama Jeffri Iman pernah dilihat bersama menyaksikan konsert Jamal Abdillah di Istana Budaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Selepas dua kali gagal dalam melayari bahtera rumah tangga, penyanyi irama etnik, Noraniza Idris, sebetulnya telah berjanji untuk tidak berkahwin lagi.

Namun manusia hanya boleh merancang dan siapalah dia untuk menolak ketentuan Tuhan yang membuka pintu hatinya untuk menerima lelaki bergelar suami setelah lima tahun hidup sebagai ibu tunggal.

Jika tiada aral, Noraniza sekali lagi akan mendirikan rumahtangga pada Jun ini.

Lelaki yang berjaya mencuri hatinya ialah seorang ahli perniagaan dari Singapura, Jeffri Iman, 51, yang merupakan bapa tunggal kepada empat orang anak.

Noraniza, 42, yang kini lebih banyak menumpukan perhatian kepada Akademi Tatihseni yang berpusat di Johor Bahru, Johor, memberitahu setelah perkahwinan keduanya gagal, beliau seolah-olah tertutup hati untuk berkahwin.

Ibu kepada Mohd. Aliff Haikal, 22, dan Mohd. Alfeeq Haikal, 17, yang dihubungi hari ini memberitahu;

“Setelah dua rumah tangga yang saya bina musnah terutama yang kedua hanya bertahan 12 hari, saya berjanji pada diri ini tidak mahu berkahwin lagi.

“Namun sebagai manusia kita hanya merancang dan saya tidak pernah menduga kunjungan saya ke sebuah masjid di Johor Bahru dengan niat untuk memberi sumbangan telah mengubah segala-galanya.

“Saya tidak sangka, niat ikhlas saya memberi sumbangan pada bulan Ramadan hasil jualan barangan dari akademi milik saya telah menjadi titik tolak kepada pertemuan kami.”

Menurut Noraniza, dalam pertemuan yang tidak disangka itu, Jeffri yang menjadi bilal bebas di Singapura tidak bercakap sekadar menerima kad namanya untuk urusan sumbangan akademi kepada masjid itu.

”Pada pertemuan pertama itu, kami memang tidak bercakap. Tetapi apabila urusan sumbangan akademi akan dihantar barulah kami berhubungan,” katanya.

Sejak itu, Noraniza dan Jeffri sering berhubungan dan berbicara melalui Internet yang menghubungkan mereka berdua.

Pasangan ini mencuri perhatian ramai ketika menghadiri malam akhir konsert Jamal Abdillah J2011-Lagenda di Istana Budaya, di sini Isnin lalu.

Kata Noraniza, setelah sering berbicara melalui Internet, mereka bertemu buat pertama kalinya pada 25 September sempena hari lahir Jeffri.

“Dalam pertemuan itu Abang (panggilan untuk Jeffri) menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan abang sulung saya, Mohd. Arshad, 56, yang tinggal di Kampung Kongkong, Masai.

“Sikapnya yang jujur dan nilai-nilai lelaki beriman dan berhemah tinggi menarik hati saya apalagi selepas itu pertemuan kami lebih banyak kerana tugas dan kerjaya saya sebagai tuan punya akademi,” kata Noraniza.

Jeffri yang memiliki syarikat menguruskan jemaah umrah di Singapura di bawah nama Absolut U International Private Limited, kini turut bekerjasama dan membantu Akademi Tatihseni dalam memberi motivasi bersandarkan nilai-nilai Islam kepada para pelajarnya.

Jeffri yang sudah 11 tahun hidup sebagai bapa tunggal juga tidak pernah menyangka akan berkenalan dengan Noraniza.

“Saya tahu Ani seorang penyanyi tetapi saya tidak mengikuti sangat perkembangannya. Walaupun sebelum ini saya pernah berazam untuk tidak berkahwin lagi namun Allah SWT amat menyayangi saya.

“Selepas kedatangan Ani di masjid dan kemudian kami sering berbincang tentang ajaran Islam dalam kelas yang saya kendalikan di akademi, ia secara tidak langsung telah merapatkan hati kami berdua,” akui Jeffri.

Jeffri yang kini rakan niaga Noraniza dan menguruskan Noraniza Idris Group Management Sdn. Bhd., berjanji tidak akan menyekat kerjaya seni bakal isterinya.

Utusan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:11 AM | Show all posts
kus semangat, ingatkan dia kejar balik Datuk Mazlan, punya berdegup jantung bukak thread ni tadi
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:17 AM | Show all posts
semoga berbahagia hendaknya....nampak background bakal laki dia tu baik2....hrp2 Noraniza pon mendpt bimbingannya....amennn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-1-2011 08:21 AM | Show all posts
nampak bakal suami dari kalangan orang baik2...moga kekal bahagia lah perkahwinan kali ini...amin......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:26 AM | Show all posts
semoga berbahagia hendak nyer....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 08:31 AM | Show all posts
semoga bahagia hingga hujung nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:37 AM | Show all posts
Alhamdulillah...akhirnya bertemu jodoh sekali lagi.
moga bahagia selamanya
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:38 AM | Show all posts
Ye lah...nampak bakal somi dia mcm org baik2!semoga dpt membimbing kak ani!Jgn pakai baju ketat lagik ya!Kalau boleh x yah la nyanyi lagik!
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:40 AM | Show all posts
Alhamdulllilah
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:41 AM | Show all posts
Semoga hasrat untuk berumahtangga dipermudahkan Allah swt
Hope kekal hingga hujung nyawa ..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:43 AM | Show all posts
Tahniah...... ada hikmah atas segala yang berlaku.. bagus je x yah rapat2 pun ambil pic....cantik je
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 08:49 AM | Show all posts
Semoga bertambah ke arah keislaman......amin.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:10 AM | Show all posts
tahniah kak ani
moga kekal ke akhir hayat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2011 09:18 AM | Show all posts
Untung dpt bakal suami orang baik baik ni
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:19 AM | Show all posts
tahniah kak ani..
semoga kekal jodoh yang ini......
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:22 AM | Show all posts
tahniah la kat kak ani...
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2011 09:24 AM | Show all posts
alhamdulillah...nmpk cam laki dr kalangan org y beriman + berada... tahniahhh!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-6-2024 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.093226 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list